Oleh Izzah Abbasy Kalau dah namanya wanita, bab-bab kongsi mekap, baju pasti menjadi kebiasaan. Lagi-lagi jika bersama adik-beradik dan teman rapat. Tapi, anda perlu hati-hati. Bukan semua yang kita kongsi elok sebab barang solekan atau mekap yang dikongsi dengan orang lain boleh mendatangkan jangkitan yang membahayakan seperti HIV! Inilah sebab kenapa tak boleh kongsi 6 peralatan wanita ini seperti tertera di bawah. 1) Berus Solekan Kes parah: Jangkitan kulit Kenapa? Bakteria suka sembunyikan diri dalam berus solekan. Jika meminjam berus orang, anda sekaligus menempel kuman mereka pada kulit anda dan kemudian merosakkan wajah anda dengan jangkitan kulit. 2) Solekan Mata Kes parah: Jangkitan mata Mata adalah bahagian yang paling sensitif terutamanya membran mata yang basah mudah dijangkiti bakteria. Kenapa? Ia tidak sama macam kulit yang ada perlindungan dan menjadikan jangkitan mata merah. 3) Pisau Cukur Kes parah: Virus bawaan darah (seperti HIV) Setiap bahagian yang terluka terdedah kepada jangkitan yang bahaya terutama darah. Pisau cukur boleh terkena darah atau cecair yang meninggalkan bakteria pada matanya walaupun setelah dibilas. Bila terluka atau terguris, anda boleh terdedah kepada jangkitan staph, hepatitis dan HIV (walaupun kebarangkaliannya tipis). 4) Apa-apa produk yang dalam botol atau bekas Kes parah: Jangkitan kulit Jari kita tak semestinya bersih setiap masa daripada bakteria walaupun sudah membasuh tangan. Nak pula celup jari ke dalam krim yang dikongsi, habislah kulit! Bakteria berenang-renanglah pada bekas solekan anda itu. Cuba guna produk sendiri dan pastikan jari bersih sebelum mencelupnya. 5) Sabun cuci wajah Kes parah: Jangkitan kulit Sabun cuci muka jenis buku adalah paling bahaya jika dikongsi. Walaupun namanya sabun dan ia bersih tetapi jika anda berkongsi pakai ia akan mengakibatkan ternakan bakteria. Itulah sebab ramai wanita mempunyai kulit sensitif. 6) Gincu/Glos Kes parah: Bibir pedih dan rengsa Kenapa? Mulut (yang juga ‘bonanza bakteria’) tidak mempunyai lapisan epidermis paling luar seperti kulit, ia diperjelaskan lagi oleh Julie Karen MD, Pakar Kulit. Ini menjadikannya mudah terkena jangkitan seperti virus herpes simplex jenis 1 iaitu bibir pecah-pecah. menggelupas. Jadi, anda perlu berhati-hati jika nak kongsi barang solekan. |
9
Bagus |
18
Marah |
15
Terkejut |
15
Sedih |
4
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT