Oleh : Dean BZ Kehidupan berumahtangga tidak boleh lari dari dugaan dan ujian. Sedangkan lidah tidak bertulang lagi kan tergigit, ini kan pula kita manusia yang penuh kesilapan dan punya kelemahan. Kata orang jika tiada pergaduhan dalam rumahtangga pasti tiada kemanisan hidup berumahtangga, sekali sekala kena lah bergaduh baru lah bahagia. Betul ke? Apa yang nak dikongsikan kali ini bukanlah soal pergaduhan antara suami isteri yang jarang-jarang berlaku (gaduh manja atau gaduh cemburu) tetapi pergaduhan yang sangat kerap. Jika anda dan pasangan sering bergaduh setiap masa hingga menimbulkan kebencian itu mungkin satu petanda tidak baik dan perlu diperiksa segera. Mungkin anda telah terkena perbuatan sihir dari orang yang mempunyai niat tidak baik terhadap anda sekeluarga.
Dibawah ini terdapat beberapa tanda jika pasangan yang sudah berumahtangga terkena sihir. Jom periksa! Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir: #1- Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan seks. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya. #2- Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah. #3- Isteri (atau ada juga suami) berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah. #4- Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh. #5- Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil. #6- Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan. #7- Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk. #8- Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah. #9- Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya. Sekiranya ada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir. Jangan biarkan perkara ini berlarutan kerana mungkin rumahtangga anda akan lebih "goyang". Antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat. Selain itu, perbanyakkan lah aktiviti ibadah dan sentiasa memohon doa dari Allah S.W.T agar rumahtangga dijauhkan dari perkara yang tidak elok. - CARI |
18
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
4
Sedih |
11
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
terma2nkondisi2 replied at 16-8-2016 11:34 PM
mcm mana nak tau samada btul2 kena sihir atau tidak?
mak replied at 16-8-2016 03:51 PM
rasanye tak semua kene sihir kot...gadoh pun sebab perangai memasing..yang tak boleh nak lebihkurang ...
ADVERTISEMENT