Oleh Izzah Abbasy
Ahli keluarga anda ramai yang 'kaki' dengkur? Sudah tentu geram dibuatnya. Jika tiba-tiba ada yang terlelap di hadapan televisyen dan berdengkur pula sedangkan anda sedang syok-syok melayani cerita 'best' pasti sakit hati kan? Berdengkur ketika tidur itu perkara biasa. Tapi anda perlu tahu, tabiat ini sememangnya mengganggu pasangan atau teman tidur dan yang berada di sekelilingnya. Bukan itu sahaja, berdengkur juga akan membuatkan anda susah untuk tidur dengan nyenyak dan tidak baik untuk kesihatan. Sebabnya, oksigen ke otak sempat terhenti beberapa saat ketika anda sedang berdengkur. Jadi, untuk hilangkan tabiat berdengkur, pasti ada jalan penyelesaiannya. Yang penting wajib rajin sediakan dan ikut satu persatu resepi jus di bawah ni. Bahan-bahan 1/4 hirisan lemon/ limau nipis 1 ruas halia merah 2 biji epal 2 batang lobak merah Air putih 150 ml *Jika tiada halia merah boleh tukar kepada halia biasa. Cara-cara penyediaan 1. Kisarkan semua bahan di atas sehingga menjadi jus. 2. Minum jus ini sebelum tidur. 3. Lakukan rutin 3 kali seminggu, nescaya tabiat berdengkur akan beransur hilang. Selamat mencuba. Jangan malas-malas ya. Sumber : beritafresh.com |
18
Bagus |
28
Marah |
17
Terkejut |
16
Sedih |
16
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
degrandlite replied at 21-8-2016 07:14 PM
Nice info TT.
Tambahan, selalunya berdengkur juga disebabkan oleh saluran nafas sempit, contohnya ...
rukia2 replied at 16-9-2016 09:27 PM
pakai klip yg lekat kt hidung tu mmbantu ke eh? dolu2 slalu iklan dy klua kt tb..
ADVERTISEMENT