CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

6 Filem Ini Pernah Menang FFM Tapi Kalau Sekarang Mungkin Dah Kena Ban

12-8-2016 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 40938| Komen: 176


Oleh : Dean BZ


Industri perfileman di Malaysia dilihat semakin berkembang dengan jumlah filem yang bertambah saban tahun.

Kualiti filem juga semakin menarik dan membawa mesej yang jelas kepada penonton hasil dari idea-idea para pengarah baru dan lama. Namun disebalik perkembangan pesat industri filem di Malaysia ini, ada perkara-perkara yang menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pengkarya filem.

Memetik portal soscili, baru-baru ni Festival Filem Malaysia (FFM) anjuran FINAS telah diserang oleh pengkitrik kerana mengasingkan Jagat dan Ola Bola daripada kategori Filem Terbaik, dengan alasan filem tersebut tidak menggunakan Bahasa Malaysia secukupnya.


Rupa-rupanya menurut FINAS, semua filem tempatan perlu ada sekurang-kurangnya 70% Bahasa Malaysia untuk dicalonkan bagi kategori tersebut. Peraturan FINAS juga dilihat semakin ketat dan jika dibandingkan filem dulu dan sekarang, beberapa filem yang pernah memenangi anugerah suatu ketika dulu pasti tidak akan tercalon jika ditayangkan di zaman sekarang. Dalam kata lain, filem-filem yang pernah menang anugerah suatu ketika dulu pasti di ban oleh FINAS (sekarang).


Berikut adalah senarai 6 filem yang pernah memenangi atau tercalon di Festival Filem Malaysia (FFM) sebelum ini tetapi telah melanggar peraturan baru FINAS. 


1. Perempuan, Isteri, dan…? (1983)

Gambar dari IMDB

Anugerah FFM 1994: Gambar Terbaik | Pengarah Terbaik | Pelakon Lelaki Terbaik | Skrip Original Terbaik

Kenapa movie ini mungkin tak lepas FFM 2016:
- Poster movie kat atas ni
- Orang Islam minum alkohol
- Scene mandi
- Baju seksi sangat

Takyah tengok movie, tengok poster je pun dah confirm tak lepas FINAS. Dan kalau nak diikutkan, tajuk yang dorang kasi tu pun dah kira sopan tau sebab tajuk original adalah Perempuan, Isteri, dan Jalang.

Movie ni mengisahkan Zaleha yang sudah bertunang tapi lari ke Thailand dengan skandal dia. Tunang dia, Amir, pergi cari lelaki tersebut, bunuh dia, rogol Zaleha, dan jual kepada bapak ayam. So selama 6 bulan Zaleha berkhidmat sebagai sorang pelacur dan pada masa yang sama telah mengorat balik Amir untuk kahwin semula dengan dia. Tapi apa yang Amir taktau adalah, Zaleha ada plan lain.

Haaa….. nak tau lagi, korang boleh pergi layan kat Youtube, tapi versi Astro la so mungkin dah potong sana sini.

Salah satu adegan mandi dalam cerita ni.

Kenapa movie ni mungkin dicalonkan balik untuk FFM 2016:
Satu sebab yang mungkin boleh menyebabkan movie ni lepas kat wayang pada tahun ni adalah ending cerita nya. Kalau ikut peraturan FINAS, semua watak jahat atau tak bermoral boleh ditunjuk kalau kat akhir movie tu dorang insaf.

“orang Islam meminum minuman keras, berjudi, melakukan maksiat, kecuali bertujuan mengisahkan penghijrahan daripada kejahatan kepada kebaikan” – Panduan Isi Kandungan Filem

Kat dalam movie tu juga, dorang tunjuk yang pihak berkuasa telah menjalankan tanggungjawab dengan cekap (juga dinyatakan dalam panduan). Contohnya, jabatan agama buat tangkapan orang yang berkhalwat dan pihak polis pulak buat kerja dengan ikhlas.


2. …Dalam Botol (2011)

Poster untuk … dalam botol. Gambar dari moviewritings.blogspot.my

Anugerah FFM 2011:
Tak menang, tapi dapat pencalonan untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pengarah Harapan Terbaik, Pelakon Harapan Terbaik, dan Poster Terbaik.

Kenapa movie ni mungkin tak lepas FFM 2016:
- Gay
- Transgender

Malaysia dengan isu LGBT ni memang satu benda yang sangat sensitif, samada orang sokong atau memang tak suka langsung, mungkin sebab tu juga movie ni telah mendatangkan kontroversi dia sendiri. Dan kalau korang tertanya-tanya, “…” tu adalah ganti untuk perkataan anu atau kemaluan lelaki.

Gambar dari terbakor.com

Movie yang diilhamkan dari sebuah kisah benar ni mengisahkan pasal sorang mamat gay bernama Rubidin yang tersalah faham kata-kata boyfriend dia. Rubidin ingatkan boyfriend dia nak dia jadi sorang perempuan, so Rubidin pergi buang dia punya “ehem ehem”. Lepas balik rumah, lelaki dia punyalah terkejut dan tak boleh terima Rubidin yang baru tu. Si boyfriend amek keputusan untuk break up dan tinggalkan Rubidin. Nak lagi pening, lepas break up Rubidin telah jatuh cinta dengan sorang perempuan ni tapi dia punya “ehem ehem” dah takde..

Kenapa movie ni mungkin dicalonkan balik untuk FFM 2016:
Sebenarnya movie ni dapat kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem dan juga JAKIM, sale dia pula takde la teruk mana memandangkan ni filem bertemakan gay pertama kat Malaysia. Tapi… golongan LGBT tak berapa nak suka dengan movie ni sebab ending dia potong gila (maaf sebab lawak hambar). Korang boleh baca review dia kat sini kalau korang tak kisah dengan spoiler.

Pada Filem Festival Malaysia ke-24, pengarah Khir Rahman hampir menang anugerah Pengarah Harapan tapi kalah sebab ada ura-ura mengatakan dia tak dipilih sebab movie dia bertemakan gay.

3. Paloh (2003)

Poster untuk cerita Paloh. Gambar dari Wikipedia.

Anugerah FFM 2004: Filem Terbaik | Pengarah Terbaik | Sinematografi Terbaik | Penataan Bunyi Terbaik | Penataan Seni Terbaik

Kenapa movie n mungkini tak lepas FFM 2016:
- Tak memenuhi 70% skrip dalam Bahasa Melayu
- Memandang tinggi terhadap ajaran komunis dan anarki

Dinamakan sempena sebuah pekan di Johor, Paloh ni macam cerita Sepet tapi bertemakan zaman penjajahan Jepun. Kisahnya mengenai 4 sekawan Melayu yang kerja jadi spy Jepun. Sorang jatuh cinta dengan amoi Cina yang sebenarnya adalah spy Komunis. Sorang lagi jatuh cinta dengan awek Melayu tapi bapak dia tak suka macai Jepun. Punyalah kompleks.

Parti xaxau atau parti komunis? Gambar dari drunken-peasents-podcast.wikia.com

Walaupun movie ni tak laku kat wayang, tapi konsep movie ni telah mancabar stereotype yang komunis tu penuh dengan orang Cina sedangkan orang Melayu pun sama juga. Korang boleh layan movie ni kat Youtube tapi kalau jumpa kat kedai mana-mana pergilah beli ye, sapot lokal!

Kenapa movie ni mungkin dicalonkan balik untuk FFM 2016:
Sebenarnya movie ni disponsor FINAS, so kemungkinan besar dorang buat movie ni ikut peraturan. Kitorang tak sempat nak baca skrip dia dari mula sampai habis tapi tu tak bermaksud movie ni tak best, boleh tahan layan juga sebenarnya.


4. Sepet (2005) & Gubra (2006)

Poster untuk filem Sepet dan Gubra.

Anugerah FFM 2005 & 2006: Filem Terbaik x2 | Pelakon Wanita Terbaik (Gubra) | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Sepet) | Cerita Asal Terbaik (Sepet) | Lakon Layar Terbaik (Gubra) | Pelakon Harapan Lelaki (Sepet) | Pelakon Harapan Perempuan (Gubra) | Poster Terbaik x2

Kenapa movie ni mungkin tak lepas FFM 2016:
- Bahasa Melayu sikit gila, majoriti skrip adalah dalam Bahasa Mandarin & English (Sepet)
- Curang dalam perkahwinan (hubungan antara non-muslim & muslim) (Gubra)
- Orang Islam buat maksiat (Gubra)
- Orang Islam terlibat dengan pelacuran (Gubra)
- Mempersoalkan agama (Gubra)
- Kutuk kerajaan (Gubra)

Kitorang gabungkan cerita Sepet dengan Gubra ni sebab dua-dua movie ni berkait rapat dan dihasilkan oleh Yasmin Ahmad. Cerita Sepet ni adalah mengenai sorang perempuan bernama Orked yang telah jatuh cinta  dengan Jason. Perhubungan dorang dicabar oleh masyarakat sekeliling sebab perbezaan bangsa.

7 tahun kemudian dalam cerita Gubra, kematian Jason menyebabkan Orked dengan berat hati telah berkahwin dengan sorang mamat tua  yang agak player. Orked bertembung dengan abang Jason kat sebuah hospital  dan segala kenangan lalu mengusik jiwa telah kembali. Pada masa yang sama, movie tu tunjuk orang gaji Orked punya ada skandal dengan pekerja hospital tu dan kisah sorang pelacur yang kena AIDS. Cerita ni berakhir dengan adegan Orked sedang tidur dengan Jason dan dikejutkan oleh mak Orked untuk sembahyang Subuh… #berbuihmulut

Adegan terakhir dalam cerita Gubra. Gambar dari Youtube

Kami galakkan korang untuk beli DVD yang ori sebab cerita ni masih dipasarkan so jangan nak torrent je yee…

Kenapa movie ni mungkin dicalonkan balik untuk FFM 2016:
Sekali lagi, maaf sebab kitorang tak sempat nak kira setiap perkataan dalam skrip movie ni, tapi memandangkan Sepet menang 6 anugerah FFM so mungkin dia  qualify untuk 70% dalam Bahasa Melayu(?)

Gubra pula, lain ceritanya. Movie ni telah mendapat banyak kritikan sebab jalan cerita dia yang mencabar kebudayaan Melayu dan Islam dan mengagungkan budaya barat. Tapi macam biasa, untuk cerita yang songsang (macam kisah pelacur tu) akan dapat ending yang setimpal.

Walaupun penuh dengan kontroversi, movie ni dapat pujian yang banyak dari pakar industri. Salah satunya adalah Ketua Juri untuk FFM 2006:

“Apa yang kita terima dari 16 judul yang dipertandingkan, Gubra adalah yang terbaik. … Tahun lepas ada orang tak suka cara dia buat filem Sepet. Kali ini pun sama. Tapi sebagai juri kami diberi tugas pilih yang terbaik, kita buat sajalah tanpa sebarang prejudis” – Panchacharam, FFM 2016


5. Tsu Feh Sofia (1986)

Poster untuk Tsu Feh Sofia. Gambar dari syahrilkamil.wordpress.com

Anugerah FFM 1986: Filem Terbaik | Pengarah Terbaik | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Skrip Terbaik | Sinematografi Terbaik

Kenapa movie ni mungkin tak lepas FFM 2016:
- Islam ditunjukkan jahat
- Banyak ajaran sesat
- Senang cerita, apa yang sensitif pasal agama dorang akan sentuh

Cerita ni mengisahkan Tsu Feh, sorang doktor Cina yang berhenti kerja dan berpindah ke sebuah pulau yang dia pernah pergi time kecik. Tapi bila dia sampai sana, masyarakat Melayu kat situ telah berpecah belah dan membunuh satu sama lain. Tsu Feh kemudiannya memeluk Islam dan tukar nama kepada Sofia. Pada masa yang sama, dia ada sebab lain kenapa dia duduk kat pulau tu…

Sayangnya movie ni takde online so, kalau korang ada jumpa mana-mana kedai atau website online yang jual, bagitau kitorang tau!

Kenapa movie ni mungkin dicalonkan balik untuk FFM 2016:


Apa yang kitorang faham adalah movie ni banyak menggunakan simbolisma atau metafora. Jadi fahaman tu berbeza-beza ikut orang, mungkin sebab tu jugalah filem ni susah sikit untuk ditapis. Contohnya…

“Memberitahu orang lain bahawa dia seorang wali” – Panduan Isi Kandungan Filem
…melalui satu scene di mana Sofia diselamatkan daripada lemas – ada yang kata ia menggambarkan Sofia yang diselamatkan Islam, ada yang mengaitkannya dengan mimpi akan seorang Wali yang datang menyelamatkan pulau. Siapa ada perbincangan yang mengatakan filem ini menggambarkan konflik politik antara UMNO dan PAS. Pening bin confuse.

Tapi movie yang satu ni memang susah nak cari kat mana-mana, online mahupun kat kedai. So kalau jumpa tu, kira nasib baiklah.

Adakah filem Malaysia semakin mengundur?

Filem adalah medium untuk bercerita tentang kisah manusia, jadi kadang-kadang memang berlakulah kontroversi apabila kita cuba menggambarkan realiti yang ada kat Malaysia ni.  Tapi bila banyak sangat peraturan, ia secara tak sengaja menyekat kreativiti seniman untuk berkarya lagi-lagi bila FINAS suruh pembikin movie kita capai standard global.

Last-last kita dapat movie yang ‘selamat’ dan penonton hanya boleh pilih empat tema je bila nak tengok cerita tempatan iaitu hantu, rempit, gangster, ataupun suamiku. (Tajuk filem mega tahun depan: Suamiku Hantu Rempit Gangster.)

Sinematografer terkemuka tanah air Mohd Noor Kassim kasi balik anugerah tu kat FFM sebagai tanda bantahan.

Konflik yang sedang melanda di FFM ni telah porak perandakan industri filem tempatan. Setengah nama besar dalam industri macam Harith Iskander tak sokong secara terbuka tindakkan FFM yang membezakan filem Bahasa Melayu dan bukan Bahasa Melayu, manakala Afdlin Shauki pula telah boikot FFM sebab yang sama, tak cukup dengan tu sorang sinematografer tempatan yang terkemuka siap kasi balik anugerah dia kat FFM.

Disebalik kekalutan tu ada juga yang menyokong tindakan FFM, seperti Norman Halim yang mengatakan kalau tak bezakan, nanti bahasa kebangsaan akan hilang. Akhirnya, MCMC keluar statement kata semua movie tempatan boleh dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik tanpa mengira bahasa, dan telah tambah lagi satu kategori iaitu Filem Terbaik Dalam Bahasa Kebangsaan. Walaupun Lembaga Penapisan masih kekal dengan peraturan dorang, tak semestinya kita tak boleh bersuara. Contoh terdekat, kes bahasa ni!

Apakah pendapat anda mengenai industri perfileman di Malaysia sekarang ini. Perlukah FINAS melonggarkan peraturan dan "lebih terbuka" supaya banyak filem menarik dengan idea baru dapat dihasilkan? Bincangkan! - CARI





Sumber - soscili.my
10

Bagus
22

Marah
10

Terkejut
22

Sedih
22

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sikatkutu 12-8-2016 12:13 PM
mohabbatein replied at 12-8-2016 11:48 AM
memang kena ban pun sebab filem dulu2 lagi mat saleh dari sekarang..



betul tu. ada satu filem i pernah tengok lucah gila. lupa dah apa tajuk filem melayu tu
Quote Tapayana 12-8-2016 12:13 PM
rare betul tsu feh sofia tu. tapena tayang kat tibi
Quote Pajeri_Nenas 12-8-2016 12:40 PM
Edited by Pajeri_Nenas at 12-8-2016 01:21 PM
sikatkutu replied at 12-8-2016 12:13 PM betul tu. ada satu filem i pernah tengok lucah gila. lupa dah apa tajuk filem melayu tu
filem Panas lakonan aleeza kasim
Quote Wanawee 12-8-2016 12:41 PM
dasyat gak filem dulu eh. majoriti memang iolls x penah tengok lagi.
Quote twinkystar 12-8-2016 12:53 PM
Cerita dulu2 mmg lagi hardcore dari skrg
Quote lasagnaklcc 12-8-2016 01:23 PM
Tgk dr rushdi lakonan p ramlee pon dah sesuatu sgt.
Quote Azel 12-8-2016 01:26 PM
Tak heran lah nak jadi artis dedulu ada yg terpaksa gadai segala2
Quote Cintakapuri 12-8-2016 01:44 PM
Iols nak sgt tengok perempuan, istri dan... tp bila dah bukak utube ntah nape asik2 ketik "tutorial mekap" asik2 ketik "tutorial nail art" asik2 ketik "tutorial hairstyle"  itu2 je yg iols search

btw ada ke perempuan, istri dan... kat utube
Quote beta_carotene 12-8-2016 01:54 PM
Cintakapuri replied at 12-8-2016 12:44 PM
Iols nak sgt tengok perempuan, istri dan... tp bila dah bukak utube ntah nape asik2 ketik "tutorial  ...

Ada kat youtube sis.. baru mlm td meols tgk
Filem yg sgt bagus
Quote thespice 12-8-2016 02:48 PM
beta_carotene replied at 12-8-2016 01:54 PM
Ada kat youtube sis.. baru mlm td meols tgk
Filem yg sgt bagus

gubra ada tak? gubra ni banyak kali keluor tv xpernah rasa nk tgk sampai habis.
bila baca ulasan mcm ni baru rasa mcm bes plk haha.
Quote honeybee1802 12-8-2016 02:54 PM
Aku nak ngk citer Rahsia...
Quote sikatkutu 12-8-2016 02:56 PM
Pajeri_Nenas replied at 12-8-2016 12:40 PM
filem Panas lakonan aleeza kasim



bukan aleeza tapi raja ema. ala yg ada scene lari2 tepi pantai pakai bikini x silap. ngan lagi sorang pelakon yg dah kertu sekarang
seksi gila kot tengok kat astro hari tu tapi lupa tajuk apa ntah
Quote missinpiece 12-8-2016 02:58 PM
Filem dedulu lebih penuh penghayatan. Choii sgt kalau ade pencalonan 'Suamiku Hantu Rempit Gangster'
Quote kelapaparut 12-8-2016 03:02 PM
Filem embun org xde cerite ke lakonan umi aida kene rogol izi yahya nmpk bontot segale so real, tp sinematography embun so excellent mcm film2 indonesia arahan christine hakim gtu..ape2pun iols nak tgk sgt film mona fandey tajuk Dukun xsilap iols lakonan umi aida dr astro shaw yg xpernah ditayangkang tu sampai pengarah dia merajuk bwk diri, skrg ni bosanla itu xboleh ini xboleh .. dan lg satu film jogho dr uwei shaari xsilap iols gune dialek.kelantan iols nak tgk jugak
Quote Missfadh 12-8-2016 03:22 PM
Filem dulu2 lagi lah seksi bagai. Sebenarnya untuk org bukan jiwa seni mcm meols tak paham sgt jalan cerita filem2 ni. Tsu feh sofia tu mcm best juga nak tonton.
Quote sepitsiput 12-8-2016 03:43 PM
layar lara paloh, kaki bakar , PID.. dan Gubra remain filem2 era90an ke atas yg terbaik menurut meols
Quote balakkampung 12-8-2016 03:46 PM
sepitsiput replied at 12-8-2016 03:43 PM
layar lara paloh, kaki bakar , PID.. dan Gubra remain filem2 era90an ke atas yg terbaik menurut meol ...

jgn dilupa filem RINGGIT KASORGA uolls...filem tu pon lakonan tiara sgt bagus..filemnya pon bagus..
Quote irsa 12-8-2016 03:49 PM
tsu feh sofia, unik pulak..
Quote fatehana 12-8-2016 03:51 PM
hmmm susah nk kata citer dulu dan sekrg

Lihat semua komen(176)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.147858 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top