CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Faham Kisah Lama Diulang-ulang Dan Diungkit Kembali - Siti Nordiana

12-8-2016 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 17195| Komen: 91

oleh Adib Za

Sedih dan terkilan kerana gosip yang sama mengaitkan dirinya semakin sombong dan juga membatalkan persembahan saat akhir, penyanyi Siti Nordiana tampil menjelaskan hal sebenar. 


Menerusi temubual bersama Utusan Malaysia, Nana berkata gosip tersebut sudah acap kali diulang-ulang, malah kejadian membatalkan persembahan itu pun merupakan cerita lama. 

"Cerita ini sudah lama, kenapa dia (penganjur) ungkit kembali? Saya tahu siapa empunya cerita ini. Sebenarnya, memang saya sudah mengesahkan untuk tampil membuat persembahan dalam majlis tersebut. 

"Tetapi, sehingga pada hari berlangsung majlis tersebut, pihak penganjur tidak memasukkan deposit bayaran. Saya sebagai seorang penyanyi perlu memberi keutamaan kepada pihak yang membuat bayaran terlebih dahulu," terangnya. 

Dalam masa yang sama, Nana menegaskan, ia tiada kena mengena dengan bayaran rendah atau tinggi, sebaliknya soal siapa yang membayar deposit terlebih dahulu, maka pihak itulah yang akan diutamakan. 


"Ini bukan soal bayaran siapa lebih tinggi. Ini soal siapa yang bayar duit deposit dahulu. Sejak dari dulu, sebelum Gegar Vaganza pun saya sudah menetapkan syarat sebegitu. Mana-mana penganjur yang ingin menjemput saya membuat persembahan, perlu membayar deposit. Bukan saya seorang sahaja artis yang buat sebegitu. Jadi siapa cepat dia dapat konsepnya," katanya lagi yang turut berkata ia menjejaskan nama baiknya sebagai seorang artis. - CARI 





14

Bagus
21

Marah
16

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 12-8-2016 11:03 AM
Sian ko Nana... harap tabah...
Quote edoraixora 12-8-2016 11:10 AM
dengki la tuh, siti nana dah glamer semula
citer zaman tok kaduk dok ulang2
Quote instageram 12-8-2016 11:11 AM
betul dh tu konsepnya ... business wei business
Quote Chekpa 12-8-2016 11:12 AM
Motip kalu betul nana nak sombong and demand ala2 world diva..
Sah gosip sampah buatan reporter2 ponen nak jatuhkan beliau as diva no.1 malaysia skrg ni
Quote jlo 12-8-2016 11:12 AM
sian nana
Quote sipendiam 12-8-2016 11:14 AM
stay humble k yang.. biasalah tu pondan sentap
Quote brokenhearted 12-8-2016 11:15 AM
Standard la tu...prefer yg bayar deposit dulu. Baru nampak kesungguhan satu2 pihak tu nak berurusan dgn kita
Quote Cloudfly 12-8-2016 11:15 AM
Ramai dengki ngn nana..sian..biasa manusia mmg suke cr buruk org..wlpn seribu kebaikan kite dh buat tp skali buat silap org duk ungkit jugak yg skali silap tu diorg x nmpak dh seribu kebaikan tu..btabah laa nana..
Quote hijau88 12-8-2016 11:41 AM
sipendiam replied at 12-8-2016 11:14 AM
stay humble k yang.. biasalah tu pondan sentap

Aiks... Ber yang yang gtu... Nmpknya ko ada 2 org pesaing lgi ni.
Cc: @shenbe @nanaBanana
Quote sipendiam 12-8-2016 11:43 AM
hijau88 replied at 12-8-2016 11:41 AM
Aiks... Ber yang yang gtu... Nmpknya ko ada 2 org pesaing lgi ni.
Cc: @shenbe @nanaBanana


Quote cipoot 12-8-2016 12:01 PM
Edited by cipoot at 12-8-2016 12:06 PM

Kira bagus la konsep gini. Kita kena protect diri sendiri.Takdela kena tipu dgn penganjur. Penganjur pun bnyk je perangai mcm syaiton. Kang tak memasal penat2 buat persembahan satu sen pun tak dpt. Dah itu mata pencarian dia tak salah pun nak pentingkan pasal payment.

Stay strong Nana. I sentiasa support you.
Quote munchkin 12-8-2016 12:01 PM
Just because dia lemah lembut org boleh tolak tolak ke? Baguslah berprinsip. Ingat semua free ke?
Quote tobobon 12-8-2016 12:09 PM
teringat dulu ada forumer citer pasal kisah sedih sheols diherdik sebab minta bini lan kristal ambikkan payment kat rtm
Quote cipoot 12-8-2016 12:11 PM
tobobon replied at 12-8-2016 12:09 PM
teringat dulu ada forumer citer pasal kisah sedih sheols diherdik sebab minta bini lan kristal ambik ...

Yeke uols..sedihnya I dgr...
Quote kucen_miang 12-8-2016 12:11 PM
ko bolayan jer la nana penganjur2 cikai yg ambik kesempatan ni. hidup mesti diteruskan. semoga segera bertemu jodoh juga.
Quote hijau88 12-8-2016 12:13 PM
tobobon replied at 12-8-2016 12:09 PM
teringat dulu ada forumer citer pasal kisah sedih sheols diherdik sebab minta bini lan kristal ambik ...

Yeszaaaa. Kat thread gv2 ke thread mana tu. Kesian kan. Mmm.
Quote bungaros 12-8-2016 12:13 PM
baik belakon atau menyanyi mmg kebiasaan ambik deposit kan. kalau berlakon diaorg ambik masa sign kontrak, pastu progess payment sampai habis shooting. menyanyi pun mcm tu jgk. klu tak ambik, tak pasal2 kena kapor. tu pun byk gak kes penganjur lari lepas habis show
Quote hijau88 12-8-2016 12:17 PM
cipoot replied at 12-8-2016 12:11 PM
Yeke uols..sedihnya I dgr...

Iya cipoot. Ada sorg forummer dlu cerita. Berita tu xde lak masuk news. Mmm.
Quote nanaBanana 12-8-2016 12:23 PM
Edited by nanaBanana at 12-8-2016 12:26 PM
hijau88 replied at 12-8-2016 11:41 AM
Aiks... Ber yang yang gtu... Nmpknya ko ada 2 org pesaing lgi ni.
Cc: @shenbe @nanaBanana

aikkk... mcm ada pesaing baru rebutkan yang ni.....



@cipoot kau bawak kesayuan kau kesini ke??

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.094247 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top