CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemandu Teksi "Serang" Kereta Myvi Pelajar Kerana Disangka Uber

11-8-2016 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13315| Komen: 70|Original author: 123456


Oleh : Dean BZ

Kereta Myvi penuntut universiti dibaling telor oleh pemandu teksi



Kewujudan Uber telah menimbulkan rasa tidak senang dikalangan pemandu teksi kerana dianggap mengganggu periuk nasi mereka. Kes pemandu teksi menyerang pemandu Uber pula bukanlah pertama kali terjadi semenjak Uber memulakan perkhidmatan.

Baru-baru ini, pemandu-pemandu teksi sekali lagi menyerang sebuah kereta Myvi seorang pelajar yang disangka pemandu Uber. Perbuatan yang dianggap keterlaluan itu diceritakan sendiri oleh mangsa yang dikenali sebagai Chan Sau Mun, 20, menerusi laman Facebooknya.



“Saya mengambil rakan Alya Zulaikha dari stesen LRT Kelana Jaya pada satu pagi sebab ada perjumpaan dengan rakan-rakan sekolah menengah di Paradigm Mall. Sebaik sahaja dia sampai ke kereta saya, seorang lelaki tegap beruniform putih dan seluar slack hitam datang menjerit ke arah saya dan rakan saya itu tanpa sebarang sebab yang jelas.

“Sebaik saja kawan saya menutup pintu kereta, ada bunyi datang dari arah belakang. Saya lihat seorang lelaki lain berpakaian uniform putih membaling telur ke arah kereta saya.

“Pada masa itu baru saya sedar yang mereka ini merupakan pemandu teksi yang marah sebab ingat saya pemandu Uber,” tulis Sau Mun.



Rakannya yang terkejut dengan tindakan itu keluar dari kenderaan dan bertanyakan punca tindakan penyerang.

“Saya dengar perang mulut antara rakan saya dan pemandu teksi itu yang menuduh saya pemandu syarikat Uber.

“Mereka mahu menyerang saya kerana menuduh saya mencuri penumpang. Walaupun rakan saya membuat penjelasan namun mereka berdegil sebelum beredar dari lokasi kejadian,” katanya.

Bagaimanapun, tiada kerosakan dialami akibat insiden itu menyebabkan dia dan rakannya membuat keputusan tidak membuat laporan polis.

“Bagi saya, tindakan ini tidak sepatutnya terjadi kerana mereka menyerang orang salah,” katanya.

Tindakan ala samseng seperti ini sudah tentu akan menimbulkan tanggapan buruk pelanggan terhadap pemandu-pemandu teksi. Selain itu, orang ramai pasti akan beralih arah memilih Uber sebagai pengangkutan utama kerana selain harga yang jauh lebih murah dari perkhidmatan teksi, layanan yang diberikan juga memuaskan hati pelanggan. 

Mungkin sudah tiba masanya syarikat/pertubuhan perkhidmatan teksi duduk semeja berbincang mengenai rungutan pelanggan sebelum ini mengenai kadar harga yang terlalu mahal dan juga layanan sesetengah pemandu teksi yang dianggap "dingin". - CARI

21

Bagus
59

Marah
35

Terkejut
14

Sedih
32

Lawak
45

Bosan

Friends Rank (206 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sub5zero 8-8-2016 10:29 AM
Taxi driver ni nasib dia byk dibela time Nazeri botak jaga depa dulu....pastu sibotak lebih gemar mkn dedak sejak tukar profesion
Quote chazey 8-8-2016 10:30 AM
Teksi KL memang 98% drivernya adalah golongan 3B yakni babi, bodoh dan bangsat moi. Chill ya. Sukor uol takda apa2.
Quote shernazz 8-8-2016 10:31 AM
lrt kelana jaya tu mmg drebar teksinya cn sial
drebar teksi yang x geng depa pon depa bleh cari gaduh
Quote Cyempaka 8-8-2016 10:34 AM
aku selalu takut benda ni jadi kat aku. sebab aku selalu hantar dan ambik colleague cina spore kat airport dan stesen lrt. orang teksi pandang je...
Quote prettyuglybabe 8-8-2016 10:39 AM
so lepas ni kalu kita ambik kenalan kat station/airport, kita kena turun and menjerit kegembiraan and berpelukan supaya tak di cop sebagai uber?
patut la orang semakin benci and ban teksi..
sebab 3 4 orang yang busuk, kesian driver teksi yang betul ikhlas cari rezeki..
Quote 123456 8-8-2016 10:43 AM
prettyuglybabe replied at 8-8-2016 10:39 AM
so lepas ni kalu kita ambik kenalan kat station/airport, kita kena turun and menjerit kegembiraan an ...

Pastikan kenalan sebangsa jugak...
Pemandu teksi yg baru keluar dari gua : Melayu + cina dalam 1 kereta = Salah satu pemandu uber
Quote Steelheart 8-8-2016 10:47 AM
prettyuglybabe replied at 8-8-2016 10:39 AM
so lepas ni kalu kita ambik kenalan kat station/airport, kita kena turun and menjerit kegembiraan an ...

Jenuh la sis....kot kwn2 lain jantina nk kn peluk bagai
Quote sarahmirza 8-8-2016 10:50 AM
Buruk betul perangai driver teksi.
Agaknya sebab itu dari muda sampai ke tua hidup tak pernah berubah lebih baik?
Tak kata semua, segelintir mereka memang macam itu.
Gue pernah naik teksi budak muda umur awal 20an.
Masa itu bulan puasa, sambil drive dia cakap pakai walkie talkie dengan driver teksi lain
Yang tak seronoknya, suara hujung sana kutuk2 driver teksi muda ini sebab berpuasa.
Masa itu mmg bulan puasa, yang hujung ajak lepak makan minum rokok.
Yang muda beriya menolak dengan sopan, mungkin ajakan tu dari driver tua.
Gue berdoa driver muda itu kuat imannya.
Nak cari rezeki halal pun susah selagi dikelilingi manusia beragama pada nama sahaja.

Quote Lina66 8-8-2016 10:53 AM

Nasib baik driver taxi tu tak ape2kan si amoi ni..

Quote Peterpan17 8-8-2016 10:57 AM
Lina66 replied at 8-8-2016 10:53 AM
Nasib baik driver taxi tu tak ape2kan si amoi ni..

Taxi driver KL ni mmg dr golongan bangsat. Derang ni lah yg aku kategorikan pest to society
Quote OmJualGas 8-8-2016 10:58 AM
pokemon punya pemandu teksi....
Quote Peterpan17 8-8-2016 10:58 AM
sarahmirza replied at 8-8-2016 10:50 AM
Buruk betul perangai driver teksi.
Agaknya sebab itu dari muda sampai ke tua hidup tak pernah berub ...

Yg tua pun dah nak mampos buat perangai lahanat. Patutlah golongan muda pun ikut
Quote Lina66 8-8-2016 11:03 AM
Peterpan17 replied at 8-8-2016 12:57 PM
Taxi driver KL ni mmg dr golongan bangsat. Derang ni lah yg aku kategorikan pest to society


ni yg buat aku takut nak naik teksi bila ade kat KL
Quote bawalputih 8-8-2016 11:04 AM
Driver taxi tu da ready telur awal2..mesti diaorg da plan nak buat centu.nmpak keta uber baling telur
Quote Peterpan17 8-8-2016 11:08 AM
Lina66 replied at 8-8-2016 11:03 AM
ni yg buat aku takut nak naik teksi bila ade kat KL


Klu nak naik teksi di KL ni amik yg Grab Taxi. Ko download dlm phone. Bila nak pakai terus order. Konsep sama mcm Uber gak tp teksi driver Grab Taxi ni so far baik2. Aku dah byk kali naik. Klu pompuan order kdg2 derang bg teksi driver pompuan gak
Quote sarahmirza 8-8-2016 11:08 AM
Peterpan17 replied at 8-8-2016 10:58 AM
Yg tua pun dah nak mampos buat perangai lahanat. Patutlah golongan muda pun ikut

Kan. Kesian dengar perbualan mereka.
Yang muda beri macam2 alasan tak nak ke tempat yang di ajak.
Rasa tahu yang sana tu tua sebab yg muda bahasakan diri "saya".
Budak baik tapi terpaksa bergaul dengan tua tak berapa baik.

Tak pernah naik Uber. Biasa kalau ke KL gue pakai apps Grabs/MyTeksi je.
Quote saladin780 8-8-2016 11:09 AM
die taxi die..mampus la taxi merah putih ni
Quote Lina66 8-8-2016 11:11 AM
Peterpan17 replied at 8-8-2016 01:08 PM
Klu nak naik teksi di KL ni amik yg Grab Taxi. Ko download dlm phone. Bila nak pakai terus order ...


Mekasih for the info ..
Quote Peterpan17 8-8-2016 11:11 AM
sarahmirza replied at 8-8-2016 11:08 AM
Kan. Kesian dengar perbualan mereka.
Yang muda beri macam2 alasan tak nak ke tempat yang di ajak. ...

Kesian family org tua nak mampos tu. Apa punya example yg dia tunjuk kat family dia. Aku selalu ordee Uber atau Grab Teksi bergantung pd lokasi aku nak gi. Uber ni untung naik klu lokasi jauh psl teksi ikut meter & mahal sikit

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.050591 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top