Seorang lelaki Mesir memeriksa kad pengenalan anggota Ikhwanul Muslimin yang mati ditembak oleh tentera di sebuah hospital di Kaherah, semalam.
KAHERAH 27 Julai - Pasukan keselamatan Mesir menembak mati kira-kira 120 penyokong bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi yang berhimpun di sini, awal hari ini, sekali gus memburukkan lagi krisis politik di negara ini.
Stesen televisyen al-Jazeera melaporkan lebih 4,500 lagi cedera dalam kejadian tembakan terhadap penunjuk perasaan pro-Mursi di Masjid Rabaa al-Adawia di pinggir Kaherah. Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad berkata, tembakan berlaku sejurus sebelum solat Subuh ketika penunjuk perasaan pro-Mursi berhimpun di Masjid Rabaa al-Adawia sejak semalam. "Mereka menembak bukan untuk mencederakan, tetapi untuk membunuh kerana kesan tembakan pada mangsa yang maut ialah di bahagian kepala dan dada," katanya, sambil menambah kata, angka korban mungkin lebih besar.
Menurut Haddad, polis mula melepaskan gas pemedih mata berulang kali pada pukul 3 pagi (9 pagi waktu Malaysia) ke arah penunjuk perasaan di Rabaa dan jalan besar ke Jambatan 6 Oktober. "Ketika asap gas pemedih mata menyelubungi kawasan kejadian, tembakan mula dilepaskan oleh pasukan polis khas yang memakai seragam hitam, selain penembak tepat yang ditempatkan di atas bangunan sebuah universiti di kawasan Rabaa dan di jambatan," katanya. Wartawan di tempat kejadian melaporkan bunyi tembakan masih kedengaran beberapa jam selepas kekecohan tercetus. "Saya cuba membawa keluar golongan pemuda dari tempat kejadian selama lima jam, tetapi saya tidak berdaya kerana mereka enggan berundur dan sanggup berkorban. "Ini adalah cubaan pertama untuk membersihkan Rabaa al-Adawia," kata seorang ahli politik Kanan Ikhwanul Muslimin, Saad el-Hosseini. Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa Mesir berhubung insiden tembakan itu. Beribu-ribu penyokong dan penentang Mursi telah mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh Mesir sejak semalam. |
ohnoLia posted on 28-7-2013 03:04 PM
ini kan bulan ramadan.... tidak kah mereka berfikir akannya...
mereka sama kaum, entah sesama sau ...
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 03:00 PM
isu ni saya tak sokong mana2..bagi saya...nilah harga demokrasi yg dilaung2kan oleh rakyat mesir s ...
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 03:06 PM
Cuba pk sendiri lah...yg mati tu pemimpin ke..yg totok, macai atau pacacai ke?..
ohnoLia posted on 28-7-2013 03:06 PM
apakah nilai nya berharga kalau ia sampai meragut nyawa insan2 innosent?
anak2 kehilangan i ...
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 03:12 PM
Sistem demokrasi mesti melalui pilihanraya..ada juga cacat celanya..spt membuat fitnah..tidak puas ...
ohnoLia posted on 28-7-2013 03:21 PM
betul tu dik, sistem demokrasi itu tersusun dan bersistematik.. membenarkan setiap pihak yg join b ...
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 03:29 PM
bila ada perasan tamak haloba...dikaburi pula dgn kuasa dan politik..hati sudah hitam, mata pula s ...
Bedah.Cun posted on 28-7-2013 04:25 PM
Malaysia bercakap banyak pun, ade ke senjata nuklear macam India, Pakistan, China, Iran atau USA? Ne ...
ADVERTISEMENT