oleh Adib ZA Anda rindukan suasana kampung, pemandangan sawah bendang dan juga udara yang nyaman? Jika anda merancang percutian yang sedemikian, apa kata berkunjung dan menginap di homestay yang satu ini.
Terletak betul-betul di kawasan sawah padi, ia ibarat menggamit semula memori zaman kanak-kanak tentang keindahan sebuah kampung. D'Sawah Bendang Homestay ini berlokasi di Sg. Besar, Selangor yang terkenal dengan pelbagai perusahaan seperti keropok lekor, kuih tradisional, minyak kelapa dara dan sebagainya. Itu sahaja menjadi sebab mengapa anda harus menjejakkan kaki ke daerah Sabak Bernam ini. Apa yang menariknya lagi, D'Sawah Bendang ini dibangunkan dengan reka bentuk rumah Melayu tradisional yang begitu autentik dan asli. Mana nak dapat lagi pengalaman sebegitu kan! Lihat sahaja pemandangan di bawah ini, pasti membuatkan anda sangat teruja membawa keluarga ke sini. Bukannya jauh sangat, cuma 120km sahaja dari Kuala Lumpur! - CARI
Alamat: D'Sawah Bendang Homestay, Jalan Parit 6 1/2 Timur, Sungai Besar Telefon: 012-808 4818 Facebook: https://www.facebook.com/DsawahBendangHomestay/ |
45
Bagus |
38
Marah |
33
Terkejut |
11
Sedih |
35
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
513172 replied at 11-8-2016 03:47 PM
tapi saya takut ular
dewi replied at 12-8-2016 09:41 AM
x de ular la kat sawah moden macam ni .
paling habis ada nyamuk je
anakura replied at 12-8-2016 10:10 AM
hahhaa betoi nyamok banyak la. umah aku sawah gak. tikuih besaq lengan. dok main lari2 100m pecut ...
FMKiller replied at 17-8-2016 10:29 AM
Kalau nak pegi, jangan pegi masa musim tuai atau membajak. tak tenang pulak dengar bunyi bising jent ...
ADVERTISEMENT