Oleh Izzah Abbasy
Kisah pelakon dan pengacara popular, Neelofa dapat menunaikan haji dispekulasikan sebagai riak oleh netizen. Sudahlah berkongsikan di setiap laman media sosial miliknya, malah permohonan untuk tunai Haji dibuat pada 4 Julai 2016 dan hanya sebulan menunggu telahpun diluluskan oleh pihak Tabung Haji pada 4 Ogos 2016. Semenjak itu, ramai yang tidak berpuas hati kerana masih ramai yang sedang berada dalam senarai menunggu malah makan masa sehingga 80 tahun. Ramai yang persoalkan 'double standart' dalam isu ini yang dilakukan oleh pihak Tabung Haji. Adakah kerana dia seorang artis maka dengan mudah dia potong Q dan ambil rampas tempat orang lain bukan satu tapi empat sekaligus. Ada juga yang mempersoalkan pegawai Tabung Haji salah guna kuasa kerana menggunakan kedudukannya untuk meluluskan perkara sebegini. Mungkin juga Neelofa bertemu terus dengan pegawai di Tabung Haji tersebut dan disertai dengan pertemuan ada unsur hadiah imbuhan. Bermacam andaian yang dibuat netizen. Namun, sejauh manakah kebenarannya? Hal ini juga telahpun berlaku pada 2014 dan Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Universiti Malaya, Roslan Mohamed dan ini jawapannya. Potong giliran orang lain untuk menunaikan haji adalah perbuatan yang zalim. Ia juga sama seperti mengambil hak orang lain tanpa reda dan perbuatan seperti itu salah di sisi agama, kata Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Universiti Malaya, Roslan Mohamed. Menurut beliau, mereka yang sudah mendaftar untuk menunaikan fardu haji seharusnya bersabar dan berlapang dada menunggu giliran. "Perlu tunggu sampai tiba giliran kita. Kalau kita potong giliran, akan menyebabkan hak orang lain terabai. Perbuatan itu salah di sisi agama," katanya. *Penulis juga pernah dengar jika menggunakan 'tiket' VVIP yang dibayar dengan puluhan ribu ke ratusan ribu sudah pasti cepat dan mudah. Ini kerana jemaah haji VVIP tidaklah ramai. Jadi, tidak hairanlah jika Neelofa boleh dipilih untuk tunaikan haji sedangkan permohonan dibuat dalam masa sebulan. Apa pun kita doakan semoga Neelofa dan keluarga selamat menunaikan Haji dan dipermudahkan dapat Haji yang mabrur. Sudah rezeki mereka dan ia sudah pun berlaku.
|
23
Bagus |
29
Marah |
14
Terkejut |
28
Sedih |
18
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
estrelle replied at 10-8-2016 11:23 AM
Cepatnye dek barf mengomen
cepheid replied at 10-8-2016 11:25 AM
oo dia nak pergi haji ke? tak perasan pulak aku
ADVERTISEMENT