oleh Adib Za Selain kejayaan para atlet dalam sukan Olimpik Rio 2016, salah satu perkara yang menjadi trending di situ ialah cara 'rawatan baharu' untuk atlet yang bertanding.
Rawatan yang dianggap baru oleh masyarakat di sana dan juga di dalam sukan Olimpik itu sendiri, sebenarnya adalah salah satu cara rawatan Islam yang datangnya dari tradisi Timur Tengah. Pengkaji juga sebelum ini pernah mendapati masyarakat di China dan Greece turut menggunakan rawatan yang sama sejak tahun 1500 sebelum Masihi. Atlet renang, Michael Phelps dilihat telah mengaplikasikan 'rawatan' tersebut yang sebenarnya turut sinonim di Malaysia, selain negara Arab sendiri, iaitu berbekam. Selain itu, team gymnast dari Amerika Syarikat, Alex Naddour turut dilihat menggunakan rawatan bekam itu ketika di Rio. Ya, mereka menggunakan rawatan berbekam di Rio 2016! Satu fakta menarik, bukan? Dalam bahasa Arab, bekam dikenali dengan nama 'hijama' yang menggunakan mangkuk atau gelas kaca pada bahagian yang sakit di badan. Kemudiannya, rawatan bermula dengan memanaskan mangkuk tersebut atau pun menyedut agar mewujudkan situasi vakum. Situasi ini akan menarik bahagian kulit daripada otot dan menggalakkan oksigen dibebaskan pada bahagian tersebut. Phelps yang telah memenangi 19 medal emas setakat ini dalam kariernya, kelihatan bekas-bekas lebam pada bahu kanan. Ini membuatkan ramai yang bertanya sama ada dia mengamalkan rawatan 'sunnah' tersebut. Dalam Islam sendiri, Nabi Muhammad s.a.w memang sangat mengesyorkan seseorang itu menjalani rawatan berbekam kerana ia mampu menjadi penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit. Bagaimana, jika atlet bertaraf dunia pun percaya dengan kehebatan berbekam, takkan kita masih mahu menafikan kelebihan sunnah nabi ini. - CARI |
10
Bagus |
6
Marah |
15
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT