CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukti Lelaki Setia Jika Si Dia Ada 9 Tanda Ini

9-8-2016 02:29 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 11881| Komen: 30

Oleh Izzah Abbasy

Di awal perkenalan, pasti anda merasakan si dia merupakan seorang yang paling tepat datang menjengah hati anda.

Namun, pernah terfikir tak sama ada si dia sebenarnya seorang yang setia atau tidak kepada anda. Mungkin cara layanan si dia terhadap anda mampu mengaburkan sikap sebenar si dia.


Kesetiaan amat penting dalam setiap hubungan dan memang sukar untuk mengukur sejauh mana si dia setia terhadap kamu.

Teliti dan perhatikan perangai dan tindakan si dia dalam menjalinkan hubungan cinta bersama kamu. Adakah si dia berkelakuan seperti ini? Jika ada, maka dia merupakan seorang yang setia dan jangan lepaskan!


1. Membimbing dan melindungi

Dalam sesebuah hubungan, si dia merupakan ketua dan pemimpin. Jadi apabila bersama, si dia seharusnya membimbing dan melindungi kamu ke arah kebaikan demi hubungan cinta kamu dan dia.

2. Menghormati dan menghargai

Kamu juga perlu tahu bahawa kekasih yang setia tidak akan menjadikan temannya sebagai seorang 'orang suruhan' seolah-olah hanya dia yang berkuasa.

Si dia perlu menghargai setiap pendapat dan perbezaan yang kamu berikan. Pada masa sama, si dia juga turut menghormati dan menjaga kamu sebaik mungkin. Si dia tidak akan berkasar sama ada dari segi perbuatan atau percakapan.

3. Jujur

Si dia juga akan jujur dalam setiap tindakan dan percakapannya. Si dia akan sentiasa memberitahu kamu perkara yang sebenar kalau si dia telah melakukan kesilapan tanpa apa maksud yang negatif.

4. Bersyukur

Lelaki yang setia adalah lelaki yang tahu bersyukur. Dia akan merasa puas dengan apa yang telah dicapai seterusnya menjaga apa yang telah dicapai seterusnya menjaga apa yang telah dimilikinya.

5. Menepati janji

Jika sesekali dia terlambat tiba untuk janji temu, kamu cubalah untuk bertolak ansur. Akan tetapi, kamu juga perlu tahu bahawa lelaki yang setia akan tiba tepat pada waktu yang dijanjikan. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa si dia benar-benar menghargai dan menjaga komitmen cinta yang sedia terjalin.




6. Tidak memberontak dan tidak dahagakan perhatian


Lelaki yang setia tidak akan memberontak dan tidak terlalu dahagakan perhatian. Dia tidak akan meminta-minta atau mencari pujian daripada gadis lain semata-mata mahu memastikan dia cukup tampan atau selayaknya untuk menjadi teman istimewa kamu.

7. Selesa dan yakin


Lelaki yang setia akan berasa selesa dan yakin dengan kemampuan dirinya. Dia sentiasa tahu apa yang harus dilakukan ketika kamu atau si dia menghadapi masalah.

Paling penting, si dia percaya bahawa dia mampu menyelesaikan masalah tersebut.

8. Bukan jenis yang suka mencuba

Si dia juga bukan jenis lelaki yang suka 'cuba-cuba' dengan mengurat gadis-gadis lain. Dia tidak akan sanggup untuk korbankan hubungannya demi orang yang baru dikenalinya. Selain itu, si dia juga yakin dengan pilihan hatinya serta tidak akan goyah dan ragu sekalipun diuji dengan pelbagai rintangan dalam perhubungan.

9. Bijak mengawal emosi

Si dia mungkin mudah marah saat egonya tercabar. Akan tetapi, kriteria lelaki yang setia juga adalah bijak mengawal emosi serta tidak mudah melenting. Ketahuilah kebanyakan lelaki lebih suka diam dan mengalah kerana mereka tidak ingin bertengkar dengan orang paling disayangi.

Sumber : Remaja
20

Bagus
19

Marah
23

Terkejut
18

Sedih
21

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 513172 9-8-2016 04:32 PM
bace bole..tapi janganla 100% percaya apa yg dibaca..lain org lain ragam
Quote Rorra 9-8-2016 09:21 PM
Tapikan susah jumpa orang yang setia zaman sekarang ni, baik lelaki ataupun perempuan. Jumpa yang lebih attractive, mulalah tinggalkan yang dah susah payah senang bersama. Lebih baik single je! K emo.
Quote @chik 9-8-2016 11:06 PM
Untungla kalo jumpa laki setia.. ada ke?
Quote terma2nkondisi2 10-8-2016 06:56 AM
sembilan perkara tersebut adalah ciri2 lelaki skema... dan perempuan tidak akan tertarik dgn lelaki skema.. percayalah..
Quote ana_una 10-8-2016 09:48 AM
@chik replied at 9-8-2016 11:06 PM
Untungla kalo jumpa laki setia.. ada ke?

laki setia dah lama pupus rasanya...

Quote ana_una 10-8-2016 09:49 AM
terma2nkondisi2 replied at 10-8-2016 06:56 AM
sembilan perkara tersebut adalah ciri2 lelaki skema... dan perempuan tidak akan tertarik dgn lelaki  ...

sori.. ai suka lelaki skema..

Quote skinsandstars 10-8-2016 10:14 AM
Dumber remaja? Bbnu sangat.
Quote skinsandstars 10-8-2016 10:15 AM
*sumber remaja? Bbu sgt.

Sorry typo tadi.
Quote @chik 10-8-2016 10:23 AM
ana_una replied at 10-8-2016 09:48 AM
laki setia dah lama pupus rasanya...

a'ah...nasibla..
Quote lurve82 10-8-2016 12:15 PM
ada je yg setia...tp xramai...
Quote Vanilla_lette 10-8-2016 04:42 PM
Rorra replied at 9-8-2016 09:21 PM
Tapikan susah jumpa orang yang setia zaman sekarang ni, baik lelaki ataupun perempuan. Jumpa yang le ...

yups...lebih2 lagi byk terdedah dgn perhubungan dlm laman social bagai....berhubungan hanya dihujung jari...
Quote Emperor95 10-8-2016 09:41 PM
lurve82 replied at 10-8-2016 04:15 AM
ada je yg setia...tp xramai...

Ada juga yang mempertahankan.
Quote itik_magic 12-8-2016 09:08 AM
@chik replied at 9-8-2016 11:06 PM
Untungla kalo jumpa laki setia.. ada ke?

ada...............

ramai aje yg aku jumpa.............


seketul taik akan menutupi bau 100 kuntum bunga.....
Quote @chik 12-8-2016 12:41 PM
itik_magic replied at 12-8-2016 09:08 AM
ada...............

ramai aje yg aku jumpa.............

sure ke
Quote blackwidowbae 12-8-2016 01:04 PM
Makcik phurchaya lelaki yg baik utk ppuan yg baik vice versa.. So jaga diri sendiri be a better person..surely yg baik akan dtg sendiri..kalau perangai tak semenggah tp nak pasangan baik soleh berkualiti dlm mimpi jelah cakap utk diri sundirik
Quote amukgemuk 13-8-2016 07:29 PM
kenapa seperti berputus arang saja banyak komen di atas

ramailah lelaki setia---------memang lah banyak kes cerai, curang etc--------tapi ramai lagi yg hidup tua bersama kalaupun tak romantikus de amor---------------
kamu tak jumpa-------------tak smestinya tak ada da-----------ramai saja yg jumpa----------

Nak curang-----tak setia------tinggal awek lama or isteri lama ni---------komplikated bagi ramai laki laki------------------lagi mudah kekal dengan relation dari cari penyakit baru-----------------
Quote che_kembang 13-8-2016 09:29 PM
lelaki setia masih ada..tapi memiliki semua ciri2diatas..susah la kot dijumpai..spesis terancam gittew
Quote NORIZALHAMZAH 15-8-2016 08:22 PM
peliklah.semua tanda tu i ada.
Quote Mary_jane 17-8-2016 12:20 AM
"Bijak mengawal emosi".

Mostly laki ada ciri ni. Tapi kalau dah asik kena cabar mau dia tak mengamuk. Bleh pecah dada tahan sabar.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.161053 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top