Ampang: Gara-gara mengabaikan anjing peliharaannya, seorang pemandu lori didenda RM195 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku salah terhadap pertuduhan itu. Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman memutuskan demikian terhadap M Murugesu, 44, dan memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda diperintahkan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No 482 Jalan Desa Ampang 4, Taman Sri Wantan, dekat sini pada 29 Ogos 2012 mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Chai Seong Onn manakala Murugesu tidak diwakili peguam. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26
|
Acong: sikit sgt denda tu.......!
ADVERTISEMENT