CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peminat Menyorok Belakang Pintu, Terkejut Siti Nurhaliza Datang Ke Rumahnya

8-8-2016 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15093| Komen: 77

Description: Siapa yang tidak terkejut jika penyanyi idola tanpa disangka-sangka...

Oleh : Dean BZ

Nor Aziah terkejut apabila menerima kunjungan penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza di rumahnya pada Ahad. Foto Ihsan ROZI ABDUL RAZAK



Siapa yang tidak terkejut jika penyanyi idola tanpa disangka-sangka datang ke rumah secara mengejut. Sudah pasti akan melahirkan satu perasaan yang sukar di gambarkan dengan kata-kata.

Itulah yang berlaku kepada Nor Aziah Abdul Aziz, 46, yang merupakan salah seorang peminat setia Datuk Siti Nurhaliza. Rumahnya yang terletak di Taman Dahlia, Johor Baru, Johor telah dikunjungi oleh penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pada pagi Ahad.


Menurut Siti, 37, perancangan untuk memberi kejutan kepada peminat setianya itu sudah lama tertangguh namun akhirnya terlaksana atas bantuan pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan adik kepada Nor Aziah.

Datuk Siti Nurhaliza menurunkan tandatangan pada koleksi gambar yang disimpan oleh peminat setianya

"Kak Aziah sendiri tidak tahu saya datang ke rumahnya dan perancangan untuk membuat kejutan kepadanya berjaya selepas adiknya sudah bersepakat dengan pengurus saya untuk menjadikan kejutan ini lebih bermakna.

"Terima kasih Mak Kak Aziah yang sudah bersusah payah masakkan nasi ambeng yang saya hendak sangat makan," kata Siti menerusi Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Siti berkata, ketika tiba dirumah Nor Aziah, wanita berkenaan berada di dalam bilik dan menjerit apabila melihat kelibatnya apabila pintu dibuka.

"Saat apabila Kak Aziah membuka pintu bilik terus terkejut sebab saya di hadapan pintu biliknya dan Kak Aziah menjerit dan menyorok dibelakang pintu bilik.

"Saya gembira sangat hari ini kerana dapat berkunjung ke rumah Kak Aziah," ujarnya.

Pada lawatan itu, Siti yang terpegun dengan koleksi poster gambarnya yang memenuhi ruang bilik tidur dan ruang tamu sempat menurunkan tanda tangan pada koleksi yang disimpan sejak 20 tahun lalu hingga kini sebagai tanda penghargaan buat Nor Aziah.

Sementara itu, Rozi menerusi kirim Whatsapp berkata, kehadiran penyanyi terkenal itu adalah bersempena meraikan Nor Aziah yang dipilih sebagai pemenang pertandingan Jurnal Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan baru-baru ini.

Bertuah sungguh Kak Aziah kerana bukan mudah bagi seorang penyanyi ternama seperti Datuk Siti Nurhaliza nak berkunjung ke rumah peminatnya. Kalau Datuk Siti Nurhaliza tiba-tiba berkunjung ke rumah anda pula, agak-agak apa yang berlaku pada anda? - CARI




Sumber - MstarOnline
15

Bagus
50

Marah
26

Terkejut
17

Sedih
9

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EhhEtonLahh 8-8-2016 05:32 PM
wahwah.. ni mmg betol2 fanatik neh.. kalah acik2 kpop..
Quote prettyuglybabe 8-8-2016 05:41 PM
dah penuh gambar siti, tak takut lakinya berasrama pun nampak siti ke?
Quote cupu 8-8-2016 05:48 PM
tgk kat ig kemain lg..gembira btol dia..kitavtgknpun tmpg gembira.

baideway,ct nk baik btol.bkn jns xsedar diri gitu.

last,smg ct ada rzk dpt baby.ameen.
Quote airisa 8-8-2016 06:09 PM
prettyuglybabe replied at 8-8-2016 05:41 PM
dah penuh gambar siti, tak takut lakinya berasrama pun nampak siti ke?

takpe .. sama2 tido dalam satu dorm
Quote sukacactus 8-8-2016 06:14 PM
prettyuglybabe replied at 8-8-2016 05:41 PM
dah penuh gambar siti, tak takut lakinya berasrama pun nampak siti ke?

Hahaha...asrama pun boleh la
Quote Szasza 8-8-2016 06:14 PM
peminat tegar ..mesti dah beribu riban abis nie ..bestnya jumpa ctdk
Quote Cloudfly 8-8-2016 06:19 PM
Woooowww...hebak acik ni..iols pn minat ct dl..tp sejak kawin dato.k terus krg minat smp laniii..
Quote Nham22 8-8-2016 06:21 PM
Iolls pon peminat ctdk dulu..lepaa kawen dengan DK terus tak minat... skrg pon biase2.. ade xde je nk minat..
Quote Chekpa 8-8-2016 06:23 PM
Mak aihhhh... Betul2 karatz nih...
Maaf tanya kalau dah satu rumah penuh ngan poster siti..
Tak dosa ke uols? Ni tanya sbb tak tau..
Quote che-cikL 8-8-2016 06:34 PM
prettyuglybabe replied at 8-8-2016 05:41 PM
dah penuh gambar siti, tak takut lakinya berasrama pun nampak siti ke?


Nampak gaya cam Aspuri je, belum ada Aspura nya kut     
Quote Changa 8-8-2016 07:26 PM
andartu kah acik kepam ini???
Quote LavaUollss 8-8-2016 07:36 PM
prettyuglybabe replied at 8-8-2016 05:41 PM
dah penuh gambar siti, tak takut lakinya berasrama pun nampak siti ke?

dia tinggal dengan mak n adik. Macam xde laki je
Quote LavaUollss 8-8-2016 07:37 PM
orang kata siti nurhaliza ni kuat isap rokok..betul ke?
Quote doubleA 8-8-2016 07:38 PM
Wahhhh tak tau plak wujud pertandingan (ke?) jurnal ct ni. Pandai betul tokti ambik hati fans, patut banyak karatz.

Kipidap tokti. Iols biasa2 jah tokti ni, neutral gituhhh
Quote SR4tahun 8-8-2016 07:40 PM
Creepy sgt ni hahaha yg pasti gmbr kawin ct dalam frame okeyyy
Quote missinpiece 8-8-2016 07:44 PM
Minat memasing..
Quote cahaya_almas 8-8-2016 07:46 PM
Gigihnya dia....tk tau nak minat kt sapa2 smpi mcm tu...minat sket2 je i ni..
Quote af_mania 8-8-2016 07:53 PM
Semaknya rumah. Gigih tampal poster bagai.

Iols kalau dpt autograf dari penyanyi kesukaan.. paling2 pun simpan dalam kotak jah gitu
Quote cmf_premierleag 8-8-2016 08:10 PM
Takde sapa ke nak tepek gambo ebby yus kt dinding persis kaka ni tepek gambo ctdk?

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.049059 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top