Oleh : TS LOO Disebabkan ingin membolehkan pelancong lebih jelas menghayati sebuah ukiran batu yang dijumpai pada zaman silam, seorang remaja dari Norway yang dikatakan berniat baik telah bertindak mengadakan 'pengubahsuaian' ke atas ukiran batu itu.
Akibatnya peninggalan zaman silam yang mempunyai 4000 tahun sejarah tersebut telah dirosakkan buat selama-lamanya. Ukiran batu yang mengalami kerosakan itu terletak di sebuah pulau Castro yang berada di luar Nordland, pihak berkuasa tempatan masih belum mengumumkan identiti sebenar individu yang merosakannya. Paparan gambar jelas kelihatan ukiran batu yang berbentuk 'seorang pemain ski' yang asalnya berwarna merah telah menjadi warna putih seperti karya lukisan pelajar sekolah rendah. Malangnya apa yang diubahsuai oleh remaja itu sudah tidak dapat lagi diperbaiki semula untuk menjadi seperti ukiran yang asal. Dengan nada mengeluh, datuk bandar berkata ini adalah satu tragis yang amat menyedihkan! Ia adalah peninggalan sejarah yang paling terkenal di Norway. Difahamkan, terdapat sembilan jenis batu ukiran piktograf yang sama dalam pulau tersebut, termasuk pemain ski, kapal, ikan paus dan sebagainya. Manakala piktograf mengenai pemain ski pernah digunakan ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk di Norway pada tahun 1994.- CARI sumber info: www.telegraph.co.uk
|
18
Bagus |
10
Marah |
12
Terkejut |
15
Sedih |
14
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lorelai replied at 10-8-2016 07:31 AM
Haha xdr kawalan sbb slalunta org dia x gatal tangan....
ADVERTISEMENT