Oleh : Dean BZ Kebanyakan wanita sentiasa dikenali dengan sifat lemah lembut, manja, pemalu, misteri dan mudah tersinggung. Oleh kerana itu, kaum lelaki perlu lebih berhati-hati bila berbicara terutamanya dengan wanita yang mudah "moody". Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa wanita sangat mudah "moody" atau cepat sangat nak marah? Berikut adalah jawapannya. #1- Sedang datang haid
- Kebiasaannya wanita yang sedang datang haid akan mengalami perubahan hormon yang membuatkan emosi menjadi tidak menentu. Ketika ini, kaum wanita sangat mudah tersinggung, cepat marah dan mungkin juga akan mudah menangis. #2- Tekanan perasaan - Tekanan dalam hidup juga menjadi punca wanita mudah tersinggung. Contohnya seperti masalah ditempat kerja, masalah kewangan atau masalah keluarga. #3- Pergaduhan dengan teman lelaki/suami - Perselisihan faham dengan pasangan jika tidak diselesaikan secepat mungkin akan memberi kesan yang buruk kepada rakan-rakan. Akibatnya, jika masalah tersebut dibawa ke tempat kerja pasti ada rakan sekerja yang menjadi "mangsa" kemarahan tanpa sebab kukuh. Berbeza dengan kaum lelaki, bila bergaduh dengan teman wanita mereka tetap cool dan tidak menunjukkan emosi yang tidak stabil pada rakan-rakan. #4- Tidak cukup tidur - Sama seperti lelaki, jika tidak cukup tidur juga akan mengakibatkan emosi menjadi tidak stabil dan mudah cepat marah. Punca-punca tidak cukup tidur mungkin berkait dengan perkara no 2 dan 3 diatas. #5- Faktor keturunan - Faktor keturunan juga menjadi punca mengapa wanita mudah marah dan tersinggung. Tak percaya cuba tengok ibu bapa rakan-rakan wanita anda, kalau mak ayah mereka ada yang jenis garang, tidak hairan lah anaknya juga turut mewarisi sifat ini. Merujuk kepada nombor 4, hasil kajian sebelum ini juga pernah menyatakan bahawa wanita sememangnya memerlukan tidur lebih banyak daripada kaum lelaki. Semoga kaum lelaki akan lebih faham mengapa wanita cepat "moody" dan belajar lebih bersabar dengan sifat semulajadi kebanyakan kaum wanita. - CARI |
20
Bagus |
14
Marah |
20
Terkejut |
13
Sedih |
16
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
eizarz replied at 8-8-2016 05:11 PM
sampai 5x ko komen
mdhelmi replied at 9-8-2016 10:04 AM
rasanya sume faktor tu boleh digunapakai oleh lelaki jugak
ADVERTISEMENT