oleh Adib Za Sebagai suami isteri, tugasan di rumah seharusnya dilakukan bersama, bukan hanya mengharapkan satu pihak sahaja yang melakukannya.
Biasanya lelaki terutamanya di Asia ini membiarkan tugasan menjaga anak, memasak dan mengemas rumah dilaksanakan oleh isteri sahaja. Bagaimana jika kedua-dua pihak bekerja? Suami penat bekerja dan isteri juga penat bekerja? Seorang netizen ini, berkongsi kisah bagaimana dia dan isteri sama-sama bekerja seterusnya bagaimana dia membantu isterinya mengemas rumah. Ini yang dilakukannya: 1. Disebabkan dia bekerja secara shif, manakala isterinya bekerja waktu pejabat, lelaki ini mempunyai lebih banyak masa pada waktu siang di rumah.
"Bila aku shif pagi, aku kemas rumah, cuci pinggan, cuci baju." 2. Pihak isteri berasa lebih lega bila pulang ke rumah waktu petang, segalanya telah dikemaskan. "Bila aku shif petang, lagi senang, semua dah siap kemas, isteri balik kerja petang, rumah dah siap kemas." 3. Jangan terlalu berkira, malas dan juga ego. Seharusnya bekerjasama antara suami dan isteri. "Terpulang pada diri, tak payah berkira sangat pasal tugas siapa nak kemas rumah, siapa yang free, kemaslah." 4. Lelaki ini berkata mengemas rumah bukannya terlalu sukar, tak patut jadi alasan! "Setakat kemas mainan budak-budak yang berselerak, tak sampai seminit pun nak simpan, cuci baju pun pakai mesin, cuci pinggan bukannya payah pun.." Kesimpulannya, jika anda sayangkan isteri, ringan-ringankanlah tulang, dan bukannya ringankan tangan! - CARI |
18
Bagus |
24
Marah |
15
Terkejut |
12
Sedih |
32
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT