oleh Adib Za Merancang percutian di Langkawi, namun tak tahu ingin menginap di hotel yang mana satu? Maklumlah di pulau peranginan tersebut, terlalu banyak pilihan sampai rambang mata kan!
Anda boleh berkunjung dan menginap di Aseania Resort & Spa yang sememangnya terkenal sebagai salah satu tempat kediaman yang sangat menarik dan berbaloi tatkala berada di pulau lagenda itu. Selain menawarkan harga bilik yang sangat berpatutan iaitu serendah RM240, resort ini merupakan pilihan terbaik untuk anda yang datang bersama keluarga. Terdapat Mini Water Theme park yang sangat menarik dan paling 'best' ia memiliki kolam renang terpanjang di Malaysia, sepanjang 154.4 meter! Tatkala anak-anak sedang mandi-manda, anda boleh merehatkan diri di dalam jakuzi atau pun di sungai yang mengalir perlahan di situ. Menarik gila! Bagi anda yang memang gemar jalan-jalan cari makan, di sini terdapat banyak pilihan restoran termasuklah Laguna Restaurant, Pool Side Terrace dan sebagainya. Terdapat 217 buah bilik di sini, dan lokasinya, yang terletak di Pantai Tengah di Mukim Kedawang penuh dengan kehijauan dan keindahan alam. Apa lagi yang anda mahu dalam sebuah percutian, sememangnya resort ini ada segalanya. Relaks, bersantai, makan-makan dan berjimba, jika itu yang anda mahu, berkunjunglah ke resort ini. Pasti tak menyesal! - CARI |
14
Bagus |
6
Marah |
15
Terkejut |
18
Sedih |
21
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT