oleh Adib Za Bukan semua orang boleh lakukan seperti mana lelaki ini menghias kediaman dan kenderaannya. Seorang ahli perniagaan dari Pasir Gudang, M Kandapan begitu bersemangat mengekspresikan perasaan sayang kepada negara sempena bulan kemerdekaan.
Lelaki berusia 56 tahun itu tanpa segan silu memacakkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang sebanyak 3,000 batang di kediamannya, juga pada kereta kesayangan. “Mungkin ada orang malu untuk meletakkan pelekat seperti ini di rumah mereka, tetapi saya berbangga untuk berbuat demikian, malah sebelum ini saya pernah meletakkan pelekat berwajah pemimpin negara, bunga raya dan bangunan ikonik seperti KLCC pada dua kereta saya. “Pada mulanya saya hanya meletakkan bendera dan pelekat berwajah pemimpin negara di dua kereta saya tetapi sejak dua tahun lalu saya mula meletakkan bendera memenuhi ruang bumbung rumah.
“Saya bermula sejak tahun 2002 dan sehingga kini banyak pelekat kereta dan rumah bertukar ganti mengikut peredaran zaman”, ujarnya. Lelaki ini juga menafikan dia seorang yang gila glamor dan mahukan perhatian. Jom, kita kibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan ini! - CARI Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT