BANGI 26 Julai - Enam belas pelajar Pusat Permata Pintar Negara (PPpN) lepasan SPM menerima anugerah biasiswa tajaan Petronas bagi melanjutkan pelajaran ke beberapa universiti tersohor di luar negara. Mereka adalah kumpulan pertama dari PPpN yang mendapat tajaan itu bagi menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan kimia, petroleum, geosains petroleum, ekonomi dan perubatan. Anugerah disampaikan penaung PPpN yang juga isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di PPpN Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi di sini sambil disaksikan Naib Presiden Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Petronas, Raiha Azni Abd. Rahman. Ketika berucap, Rosmah berkata pelajar terpilih ini menjadi 'Duta Kecil' Malaysia dalam pelbagai jurusan profesional seperti kejuruteraan, ekonomi, geologi, perubatan dan seni bina. "Dalam konteks ini, saya percaya para pelajar Permata Pintar telah menunjukkan nilai serta daya intelektual yang tinggi dan membuktikan mereka mampu bersaing dengan pelajar-pelajar antarabangsa. "Ini telahpun dibuktikan dengan 15 pelajar kumpulan pertama Permata Pintar yang sudah berjaya mendapat tempat dan sedang mengikuti program ijazah di beberapa universiti berprestij di Amerika Syarikat," katanya. Beliau berkata, masa depan negara terletak pada golongan muda yang masih berada di bangku sekolah, golongan belia dan beliawanis serta mahasiswa-mahasiswi yang bakal menjadi pemimpin. Sementara itu, Raiha dalam ucapannya berkata, pelajar yang terpilih disenarai pendek daripada 43 pelajar PPpN yang memohon untuk tahun ini. "Pelajar-pelajar ini dinilai dengan ujian termasuk temuduga dan penilaian teknikal. Kami turut mengambil kira latar belakang sosio ekonomi keluarga mereka bagi memastikan hanya yang layak sahaja menerima penajaan ini," katanya. - BERNAMA
|
8
Bagus |
6
Marah |
17
Terkejut |
14
Sedih |
12
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT