CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wanita Bergelar Isteri Harus Sentiasa Bersedia Jika Dimadukan?

4-8-2016 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8349| Komen: 33

Description: Berapa ramai wanita yang bukan sahaja berendam air mata dek kerana poligami dan dimadukan
oleh Adib Za

Berapa ramai wanita yang bukan sahaja berendam air mata dek kerana poligami dan dimadukan, sebaliknya hidup dalam kesusahan?

Kes isteri dan anak-anak terbiar hidup susah selepas suami kahwin lain, bukan satu cerita dan berita baru.

Melihatkan perkara itu, seorang netizen tampil memberikan buah pendapat berupa nasihat kepada para wanita bergelar isteri di luar sana. 


Foto: Cleo


1. Dia tidak menolak poligami jika itulah suratan yang sudah tertulis, namun dia mahu para isteri tidak meratap dan bertindak luar kawalan. "Apa sangatlah nak direbutkan pada sekujur tubuh lelaki.."


2. Dia menasihatkan para isteri juga harus bersedia dari segi material, harus mempunyai pendapatan sendiri supaya diri sendiri dan anak-anak tidak teraniaya. 
"Saya cuma nasihatkan anak perempuan berpendidikan dan mesti mempunyai pendapatan sendiri.."


3. Netizen ini juga sentiasa mengingatkan pada isteri agar 'bersedia' dengan segala kemungkinan bila telah melayari bahtera perkahwinan. Benarlah perkahwinan itu digelar sebagai perjudian hidup, bukan begitu? 





Semoga status pendek tersebut memberi inspirasi dan semangat kepada para isteri agar bangkit dan tidak berharap sepenuhnya kepada suami. - CARI 



1

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • yayaachan


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote terma2nkondisi2 5-8-2016 03:44 AM
persoalan yg sama dari berkurun dulu hingga sekarang.. perkahwinan tu perjudian hidup atau perkongsian hidup?..
Quote terma2nkondisi2 5-8-2016 03:52 AM
Tuhan benarkan poligami tapi dari perspektif umum (yg aku nmpk dalam porum ni), poligami menindas wanita.. adakah Tuhan kejam kerana membenarkan sistem hidup yg menindas wanita atau perspektif umum tu salah?

+++++++++++++++++++++++++++++++

yg org pmpuan pun satu... dah tau si laki tu mcm tu, gatal gak nak kawen dgn laki tu.. bila dah dimadukan, mula la keluar ayat2 pasrah berserah pada takdir kononnya... takkan la tak kenal dulu perangai laki tu sebelum kawen..
Quote singlemum_4 5-8-2016 07:33 AM
terma2nkondisi2 replied at 4-8-2016 07:52 PM
Tuhan benarkan poligami tapi dari perspektif umum (yg aku nmpk dalam porum ni), poligami menindas wa ...

kekadang sebelum kawin lain perangai dah kawin lain perangai. Semua diluar jangkaan kan.Pada saya perkahwinan tu satu
perkongsiaan dan bukan satu perjudian.peace
Quote bemyself 5-8-2016 08:23 AM
singlemum_4 replied at 5-8-2016 07:33 AM
kekadang sebelum kawin lain perangai dah kawin lain perangai. Semua diluar jangkaan kan.Pada saya  ...

Yes..setuju...bila kawin baru tahu true kalernye..

Takdir is takdir...tu la yg dh tertulis diluh mahfuz...rezeki..ajal...jodo...smua dah tertulis.
Kite sbgai manusia hanya mampu merancang saje.

Kite x kena...kite bole mampu bercakap..tapi bila dh terkena...baru la kite termenung dan berpikir seketika.

Quote mystica 5-8-2016 11:56 AM
ada lelaki sebelum kawin mcm baik sgt. lepas kawin bini pun kena kerja.. lama2 bila kewangan dh stable mula la menggatal.

mana la kita nak jangka yg lepas bbrp tahun kawin.. atau 10-20 tahun kawin yg dia akan mula berubah..

bila laki nak tambah lagi satu isteri juga akan dipersalahkan. n duit semua hantar ke sana.. anak2 bini kena tanggung sorang2.

papepun betul ckp puan maimon, semua isteri kena bersedia dengan benda ni sbb lelaki susah nak setia tak kira la betapa baiknya laki tu n perempuan desperate pun ramai. byk couple yg aku adore skrg perkahwinan berantakan sbb org ketiga.

Quote terma2nkondisi2 5-8-2016 05:49 PM
singlemum_4 replied at 5-8-2016 07:33 AM
kekadang sebelum kawin lain perangai dah kawin lain perangai. Semua diluar jangkaan kan.Pada saya  ...

oh ye ke... dulu lain sekarang lain ek..

masa tngh syok bercinta dulu, kentut pun bau wangi.. sekarang, belum kentut pun dah bau busuk.. cenggitu?

baidewei s.m., moga ko berbahagia selama-lama hendaknya dgn buah hati ko yg baru kali ni..

Quote singlemum_4 5-8-2016 10:41 PM
terma2nkondisi2 replied at 5-8-2016 09:49 AM
oh ye ke... dulu lain sekarang lain ek..

masa tngh syok bercinta dulu, kentut pun bau wangi..  ...

amin and tq
insyallah...masih dalam proses kenal2 dulu..x lah berharap sgt sbb masih trauma dan masih dalam proses nak x nak x nak nak
Quote cmf_premierleag 6-8-2016 09:43 PM
Apa2 pun pompuan kene la ada income sendiri
Bukan saja psl somi akan kawen lain....tapi...dibuatnya takdir suami mati muda/mati dulu sbb eksiden/sakit/denggi or suami lps eksiden trus jd cacat lumpuh x bleh keje etc etc
So be prepared...takyah la fefeling nk berenti keje lps kawen..lagi byk dugaan
Quote cmf_premierleag 6-8-2016 09:44 PM
And lps kawen, jgn sesekali buang kawan2 pompuan
Esok2 bila ko susah...kawan2 pompuan gak yg ko cari utk mengadu dan mintak tolong
Sbb apa lelaki x kisah? Sbb lps kawen pun depa masih lg punya kawan2 lelaki sekepala utk diorg hilangkn rasa bosan
Pompuan je yg slalu buang kawan lps kawen...konon2 aku dah berlaki la gitu..dia ingat langit slalu cerah???
Quote manjalara_01 8-8-2016 12:05 PM
singlemum_4 replied at 5-8-2016 07:33 AM
kekadang sebelum kawin lain perangai dah kawin lain perangai. Semua diluar jangkaan kan.Pada saya  ...

even perangai lepas kawin sebelum kawin ade perubahan pun
i mean come on....hey kalau u sndiri x pernah tinggal serumah dgn somebody..
even if just your friend skali pun..byk benda yg kite x kan tahu tentang org tu..betul x...??...

so to say kenal betul2 like 100% sblum kawin tu is a stupid advice
Quote manjalara_01 8-8-2016 03:05 PM
bemyself replied at 5-8-2016 08:23 AM
Yes..setuju...bila kawin baru tahu true kalernye..

Takdir is takdir...tu la yg dh tertulis dilu ...

Kite sbgai manusia hanya mampu merancang saje
& antara rancangan org perempuan khusus nye if suami kawin lagi....
org laki2 xyah nak rancang pun kalau nak kawin lebih...spontan je..insyaallah semua ok...kan?
Quote 513172 8-8-2016 03:18 PM
semoga diberikan yang terbaik..dan mampu menghadapi
Quote kakakiut 8-8-2016 03:54 PM
dari awal perkahwinan :
1. harta spt rumah & kereta jgn letak nama suami seorg ..mesti at least nama sendiri atau berdua.
2. duit tabung anak2 mesti ada sejak lahir..slow2 simpan.. rm50 sebulan pun ok.

sekiranya suami berkahwin lain, at least yg bkahwin cuma dia dan tubuhnya ..bkn dgn harta sekali...kalau nasib x baik suami kawin dgn pisau cukur ..sekejap jer depa kawen confirm cerai lepas tu sbb suami x de harta.
Quote kaksarah66 8-8-2016 04:43 PM
Iyelah apa nak direbutkan sangat dgn sekujur tubuh itu kan. kita nak rebut tanggungjawab & masa dia utk kita dan anak2 aje. takkan nak redho aje suami tak beri nafkah, suami tak pedulikan anak?
Quote cikputih15 9-8-2016 04:27 PM
cmf_premierleag replied at 6-8-2016 09:44 PM
And lps kawen, jgn sesekali buang kawan2 pompuan
Esok2 bila ko susah...kawan2 pompuan gak yg ko car ...

iye. jgn sesekali buang kwn lepas kawin
note to my self
Quote cikputih15 9-8-2016 04:32 PM
manjalara_01 replied at 8-8-2016 03:05 PM
Kite sbgai manusia hanya mampu merancang saje
& antara rancangan org perempuan khusus ...

org laki kalu merancang, mau trs sampai 4. cukupkan kuota trs
Quote terma2nkondisi2 10-8-2016 07:20 AM
betul la.. berdasarkan komen2 para forumer di atas termasuk artikel tu..

1) perkahwinan adalah lebih kpd perjudian hidup.. untung sabut timbul, untung batu tenggelam..

2) secara amnya, poligami adalah sistem hidup berkeluarga yg menindas wanita dan memberi kelebihan kpd lelaki menjadi pihak yg dominan.. mungkin, hak kesamarataan gender sepertimana yg diperjuangkan oleh geng2 'hak asasi manusia' adalah lebih bermanfaat kpd wanita pada zaman moden ni.. mungkin juga, poligami adalah satu konsep hidup kekeluargaan yg outdated dan tidak sesuai diaplikasikan pada zaman sekarang dan mungkin perlu di'haram'kan terus???

Quote terma2nkondisi2 10-8-2016 07:22 AM
cikputih15 replied at 9-8-2016 04:32 PM
org laki kalu merancang, mau trs sampai 4. cukupkan kuota trs

bukan la.. org laki kalau merancang, bukan 4, tetapi 5!!!.. 4 utk cukupkan kuota, yg lebih satu tu sbg backup..
Quote cikputih15 10-8-2016 11:23 AM
terma2nkondisi2 replied at 10-8-2016 07:22 AM
bukan la.. org laki kalau merancang, bukan 4, tetapi 5!!!.. 4 utk cukupkan kuota, yg lebih satu tu ...

hahaha. men oh men

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.058363 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top