CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Penjara not bad, kata Alvin Tan

27-7-2013 08:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11385| Komen: 70

KUALA LUMPUR 26 Julai - Alvin Tan yang dipenjara selama lapan hari kerana tidak dibenarkan jaminan atas tuduhan mempersendakan umat Islam dan Ramadan, hanya menyatakan not bad (boleh tahan) bagi menggambarkan pengalamannya di dalam penjara.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai urusan jaminan manakala pasangannya Vivian Lee, yang sentiasa menundukkan kepala enggan memberi komen.

Pada 10 pagi, Alvin dan Vivian, yang masing-masing masih bergari diiringi beberapa anggota polis ke Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret (Jenayah) bagi urusan jaminan dan kakitangan mahkamah membacakan syarat jaminan.

Kedua-duanya dilihat menandatangani dokumen jaminan sebelum beredar dari kaunter itu kira-kira 20 minit kemudian dan bergegas menaiki dua buah kereta yang menunggu di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.

Semalam, pasangan itu diikat jamin oleh ibu Alvin dan rakan perempuan mereka sebanyak RM30,000 setiap seorang.

Sementara itu, peguam Chong Joo Tian ketika ditemui pemberita sejurus anak guamnya beredar berkata:

"Mereka gembira dapat keluar dari penjara. Mereka perlukan masa untuk berehat".

Pada 18 Julai lepas, Alvin dan Vivian masing-masing ditahan di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang selepas Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran tidak membenarkan mereka diikat jamin.

Namun, semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Azman Husin membenarkan mereka masing-masing dijamin RM30,000 bersama empat syarat.

Empat syarat itu ialah pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan, dilarang memuat naik artikel, komen, gambar lucah serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman serta dihalang menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet.

Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook ’Alvin and Vivian - Alvivi’ di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.

Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam dan 2 pagi.

Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.

Kesemua kesalahan itu mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan. 

10

Bagus
4

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ChildrenOfBodom 26-7-2013 03:58 PM
penjara dgn muka awek dia yg mana lagi lawa?
Quote noor2 26-7-2013 03:58 PM
ChildrenOfBodom posted on 26-7-2013 03:58 PM
penjara dgn muka awek dia yg mana lagi lawa?

sabo jela..
Quote maxim 26-7-2013 04:01 PM
aritu tertgk cikbab si vavian nih..ewwww loya tekak  
Quote Anak_Nogori 26-7-2013 04:04 PM
penjara memang not bad pun..
Last edited by Anak_Nogori on 26-7-2013 04:06 PM

Quote pakwetizzaqyah 26-7-2013 04:14 PM
hantar guantanamo bay nk???

penjara malaysia masih berdasarkan prinsip Islam..kalau penjara cina..nasib la lu cina!!!!!
Quote leylapple 26-7-2013 04:26 PM
kalo not bad, tak yah sibuk2 suruh org ikat jamin ler..duk jer dalam penjara tu sampai hari perbicaraan..
Quote ogata 26-7-2013 04:28 PM
cuba cek pungung dia masih in good condition lagi tak....


itu mungkin mengapa dia menjawab not bad..
Quote taikor 26-7-2013 04:36 PM
Orait... dia enjoy. So tiada masalah lah
Quote Simunggu 26-7-2013 04:42 PM
penjara not bad....hahaha....jangan jangan bontot dah robek..lunyai...maklum lah ramai specis dia dlm sana...gay gay....hahaha
Quote dino 26-7-2013 04:43 PM
taikor posted on 26-7-2013 04:36 PM
Orait... dia enjoy. So tiada masalah lah

makan free maaa....
Quote Anak_Nogori 26-7-2013 04:45 PM
taikor posted on 26-7-2013 04:36 PM
Orait... dia enjoy. So tiada masalah lah

Sebab tak ada masalah lah minta mahkamah tinggi bebaskan dia dgn ikat jamin..
Quote BotakChinPeng 26-7-2013 04:45 PM
Lantak lah nak kata apa pun. Bekas banduan tetap bekas banduan
Quote taikor 26-7-2013 04:45 PM
dino posted on 26-7-2013 04:43 PM
makan free maaa....

Main pun free mungkin Satu kesudahan yg baik buat Alvin Tan

Quote dino 26-7-2013 04:46 PM
taikor posted on 26-7-2013 04:45 PM
Main pun free mungkin  Satu kesudahan yg baik buat Alvin Tan

ngan penagih dadah dpt la virus free....
Quote nour2001 26-7-2013 04:55 PM
Harap jadi pengajaran berguna, kawan akk kaum cina pun tak Suka budak 2 org ni...kasi malu bangsa...
Quote md_nana 26-7-2013 05:00 PM
nak tnye lah. Apesal aku tgk berita mlm td, tangan si vivian tu mcm berbungkus eh? Mcm cedera ke?
Quote hasmania 26-7-2013 05:29 PM
cakap je "penjara not bad"......dalam hati menyesal tak sudah mempermainkan ugama orang ..........
dah tak ada kerja lain la tuh ..........lepas ni kalo buat lagi perangai tak tau la .........
Quote lolipopmanish 26-7-2013 05:34 PM
ye ye je alvin ni cakap penjara not bad..dalam hati kita tak tau
Quote BotakChinPeng 26-7-2013 05:51 PM
Alvin "the jailbird" Tan. Hahaaa

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.041575 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top