Oleh Izzah Abbasy Model Rusia cantik bertubuh langsing ini sanggup tak makan selama empat hari semata-mata mahu menang pertandingan ratu cantik Miss Maxim 2016. Namun pemenang pertandingan ini, Natalya Shuvalova, 21, kini menjadi kecaman ramai kerana menunjukkan contoh tidak baik terutama kepada remaja. Natalya membuat pengakuan mengejutkan itu ketika berucap selepas diumumkan sebagai pemenang. Dia mengaku tidak makan selama empat hari bagi mendapatkan bentuk badan yang `sempurna’. Dia yang berasal dari Nizhny Novgorod ini juga menyatakan keinginan untuk makan Big Mac di McDonald’s selepas diumumkan sebagai pemenang. Natalya juga merupakan penuntut di sebuah universiti di Rusia. Meskipun berazam menamatkan pengajiannya namun buat masa ini Natalya mahu menikmati kehidupan sebagai model. Dia turut memberi nasihat kepada gadis-gadis supaya jangan makan selepas pukul 8 malam. Pertandingan Miss Maxim itu telah diadakan sejak 11 tahun lalu dan terbuka kepada semua gadis dengan salah seorang juri adalah pengacara program TV yang terkenal, Boris Grachevsky.
|
20
Bagus |
30
Marah |
21
Terkejut |
26
Sedih |
25
Lawak |
42
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Modngengade replied at 28-7-2016 03:41 AM
Amboi kaka hantu....banyak pulak benang pasal ratu cantik hari ni yer
GhostWalking replied at 28-7-2016 03:52 AM
Itulah lain berita dicarik lain pulak dijumpa
Modngengade replied at 28-7-2016 03:54 AM
tak der ker verita tentang abam kekar yg bertukar mazhab menjadi rogayah?
GhostWalking replied at 28-7-2016 11:29 AM
Motip gamba macam ni pun nak censored ka
ADVERTISEMENT