oleh Adib Za Fakta menarik: Buat masa ini terdapat lebih dari 300 juta gambar makanan di Instagram. Ia jauh mengatasi gambar yang diambil ketika melancong (57 juta) dan juga gambar matahari terbenam, 69 juta.
Hanya gambar selfie sahaja, yang mengatasi gambar makanan di Instagram iaitu sebanyak 316 juta. Menjadi persoalan juga, mengapa terlalu ramai umat yang begitu tertarik berkongsi gambar makanan di laman sosial? Tanpa kita sedari dan mungkin sudah lama lupakan, makanan sebenarnya mempunyai fungsi begitu hebat, ia mampu menjadi 'alat' untuk menyatukan manusia, keluarga dan sahabat. Anda setuju?
Namun, hari ini semua orang seperti mengambil peluang untuk berkongsi gambar makanan, yang tiada salahnya. Tetapi melupakan aspek dan fungsi utama makanan itu. Benar, kan? Sebagai contoh, hanya untuk 'upload' gambar makanan di Instagram, anda mengambil masa lebih lama dengan mengambil gambar, 'edit' dan juga memuatnaik. Di mana elemen kekeluargaan itu, sudah diabaikan? Itulah yang dibawakan dalam iklan terbaharu jenama perabot dan dekorasi terkenal dari Sweden, Ikea. 'Enough is enough'. Cukuplah! Itulah mesej yang ingin ditonjolkan dalam iklan Ikea ini. Dibawakan secara bersahaja dan berjenaka, namun maksud mendalam di sebalik iklan itu, "bertenanglah cik abang, cik akak, cukup-cukuplah selfie dengan makanan. Relaks, sudah!" begitu penafsiran dalam bahasa pasarnya. Hanya dalam masa kurang seminggu sahaja, iklan ini telah mencecah lebih 2 juta tontonan. Hebat bukan? Namun, anda rasa adakah manusia akan berhenti daripada bergambar selfie dengan makanan? - CARI |
12
Bagus |
11
Marah |
5
Terkejut |
13
Sedih |
10
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
certiorari replied at 4-8-2016 01:56 PM
Kdg2 bila snap makanan and share, ada faedahnya jugak...boleh share ngan kwn2 yg tak pernah pergi an ...
Miming2 replied at 4-8-2016 03:51 PM
aah kdg2 tu sja je ambil then share kat gc whatsapp family hahha.. suka jealous kan dorang family ...
certiorari replied at 4-8-2016 04:02 PM
Iolls kdg hashtag jugek #foodporn ittew! Hahaha *daku bersalah*
vazzdiva replied at 4-8-2016 03:23 PM
Haha terase aii
ADVERTISEMENT