Pemandu teksi P.Pinang terima durian runtuh Guan Eng bergambar bersama sebahagian pemandu teksi yang menerima insentif Antara pemandu teksi yang menerima insentif dari kerajaan negeri. GEORGETOWN - Seramai 2,373 pemandu teksi dan kereta sewa mendapat insentif RM600 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, hari ini. Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini. Menurutnya, pembayaran insentif itu dilakukan dua kali iaitu RM300 untuk bayaran setengah tahun yang pertama dan selebihnya pada Januari depan. “Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik. "Jika ada aduan mengenai salah laku mana-mana pemandu teksi, kerajaan negeri tidak teragak-agak menarik balik baki insentif itu," katanya pada majlis penyerahan insentif kepada pemandu teksi dan kereta sewa di daerah Timur Laut, di sini, hari ini. Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa layak menerima insentif berkenaan. Guan Eng berharap sumbangan itu mampu meringankan beban terutama kepada mereka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.
|
pakwetizzaqyah posted on 26-7-2013 10:38 PM
elok setiap teksi bg insentif...dah tiba kerajaan menambah usaha TRANSFORMASI teksi malaya....bg kur ...
pakwetizzaqyah posted on 26-7-2013 10:42 PM
suruh johor la...pahang tu tak lama lagi kene tendang la ngn geng2 kubang pasu...kubang pasu nak p ...
pakwetizzaqyah posted on 26-7-2013 10:38 PM
elok setiap teksi bg insentif...dah tiba kerajaan menambah usaha TRANSFORMASI teksi malaya....bg kur ...
Peterpan17 posted on 26-7-2013 11:24 PM
Skrg taxi di KL pun dah pakai gas tp tetap gak nak potong kepala. Mmg teksi satu malaysia ni mcm s ...
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini.
cmf_herrhughie posted on 26-7-2013 11:21 PM
Tak sokong perbuatan guan eng ni, pemandu teksi ni tak nak pakai meter Dan bagi bad services, kenapa ...
ADVERTISEMENT