CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Telinga Sebenarnya Langsung Tak Perlu Dikorek, Bahaya!

3-8-2016 06:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9576| Komen: 34


Oleh : Dean BZ


Betul ke telinga tak perlu dikorek? Habis tu tak kan nak biarkan saja tahi telinga menimbun di dalam telinga kita?

Jawapannya YA, telinga memang tak perlu dikorek. Nak tahu apa sebabnya? 

1. Telinga kita mengeluarkan cecair dan pepejal yang digelar seruman atau lebih dikenali sebagai tahi telinga.

2. Salur telinga mempunyai mekanisma mencuci bahagian telinga sendiri. Sebarang serumen atau kekotoran akan keluar sendiri dari bahagian dalam salur telinga ke bahagian luar.

3. Serumen dijumpai di bahagian 1/3 luar salur telinga. Ia membantu bahagian dalam salur telinga menjadi kalis air. Jika anda membuang segala serumen yang ada- air dengan mudahnya akan mengalir ke bahagian dalam salur telinga dan akan menggalakkan kesakitan pada bahagian dalam telinga disebabkan oleh bakteria atau kulat.


4. Serumen juga mempunyai fungsi antibakteria dan antifungal (basmi kulat). Ia adalah perlindungan semulajadi yang lebih mujarab dan selamat berbanding dengan ubat yang dijual secara komersial.

5. Kulit di salur telinga lebih nipis dan sensitif terhadap geseran berbanding dengan kulit di bahagian badan yang lain. Semakin kerap putik kapas digunakan, semakin rosak kulit di bahagian salur telinga tersebut. Penggunaan batang logam kecil akan memburukkan lagi keadaan ini.

Sebenarnya tahi telinga perlu dikeluarkan sendiri oleh doktor menggunakan alat khas hanya jika kita mengalami masalah kesihatan. Sekiranya kita menggunakan cutton bud atau putik kapas, sudah tentu akan lebih memuratkan kesihatan. Lihat video dibawah kesan dari penggunaan cotton bud. - CARI




Sumber: Tech Insider
5

Bagus
1

Marah
16

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
49

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Super-M 3-8-2016 07:29 PM
Ya..dan yg sebabkan telinga tersumbat earwax atau cerumen tu sebab tabiat kita suka korek,guna cottonbud bukan dia keluarkan bijih emas tu,tapi makin tolak kedalam.lama2 dah tolak padat dah tersumbat lah telinga kita.ia akan block kita punya ear canal jd lah telinga sebu.

Pengalaman masa kerja dah naik muntah tengok mcm2 hasil bijih emas orang pelbagai saiz.
Quote Ipo 3-8-2016 08:33 PM
doktor yang saya jumpa dulu pernah cakap, hanya lalukan air saja untuk bersihkan telinga
Quote ipes2 3-8-2016 08:37 PM
Good input CARI HBZ. Jangan sekali kali korek telinga anda. Ianya tidak membawa faedah yang kita semua inginkan.
Quote misscendol 4-8-2016 12:49 AM
ipes2 replied at 3-8-2016 08:37 PM
Good input CARI HBZ. Jangan sekali kali korek telinga anda. Ianya tidak membawa faedah yang kita sem ...

tp sgt membantu pabila telinga tersangat gatal
Quote bulu_tangkis 4-8-2016 11:10 AM
Tlinga aku selalu gatal. so terpaksa la gali jugak. Tp mmg bahaya pon.
Quote fatehana 4-8-2016 12:16 PM
ipes2 replied at 3-8-2016 08:37 PM
Good input CARI HBZ. Jangan sekali kali korek telinga anda. Ianya tidak membawa faedah yang kita sem ...

kaka antara yg suka korek tp x guna cotton bud sebaliknya guna jari kelingking
actually bukan korek tu nk korek earwax ke apa
sebaliknya sbb tinger akak selalu gatal ya hamats
dan akak x pernah guna cotton bud utk tonyoh2 cam org lain selalu buat
sbb ms akak kecik Dr dah pesan earwax akak x sama cam org lain
cuma bila dah x muda ni dan tinger rs gatal ya hamats makanya jari akak otomatik gie korek
tp xdelah dlm
cam msk sikit sbb nk hilangkan rs gatal aje

td ada baca sorg Dr kat twitter dia ada citer sikit ttg aktiviti manusia cam akak yg suka suki mengorek
dia kata cubalah hentikan aktiviti camtu sbb bahaya sebenarnya
nk tanya kat dia tp rs segan plk
Quote manjalara_01 4-8-2016 12:52 PM
What???...laaa....i x tau pun...
cause telinga i kalau dah 2 mggu x korek...rs x selesa sgt...& rs mcm block...
imagine kalau 2 mggu x korek....hasilnye...
mula2 guna pengorek yg besi tu...bile dh clear...
then baru la guna Q tip tu...bukanye menyental...tp just nak clean up..

geli x sanggup nak tunggu hasil emas kluar telinga..lagi2 ni pakai tudung bagai..
hhmmmm.....
Quote EncikRhoma 4-8-2016 01:09 PM
Super-M replied at 3-8-2016 11:29 AM
Ya..dan yg sebabkan telinga tersumbat earwax atau cerumen tu sebab tabiat kita suka korek,guna cotto ...

ko doktor otorhinolaryngology ke?
Quote Sazida 4-8-2016 01:43 PM
Iols hari2 gali. Lagi2 lepas turun naik flight. Telinga rasa xselesa betul.
Quote 513172 4-8-2016 02:51 PM
mmg tak selesa kalau gatal..tapi kalau terkoyak dlm tu sakit sgt oi
Quote babysolaris 4-8-2016 03:07 PM
erk... terkeluar taik dri lubng telinga..hehe
Quote Super-M 4-8-2016 07:33 PM
EncikRhoma replied at 4-8-2016 01:09 PM
ko doktor otorhinolaryngology ke?

Jauh sekali.   pengalaman dulu sebagai pembantu klinik ent masa tengah tunggu result spm. Biasa tolong doc bersihkan telinga tersumbat, tersumbat binatang, telinga nanah, tercucuk. Telinga nanah nak cuci euwwwwww... Sabo je lah.
Quote ipes2 5-8-2016 04:07 AM
fatehana replied at 4-8-2016 12:16 PM
kaka antara yg suka korek tp x guna cotton bud sebaliknya guna jari kelingking
actually bukan kor ...

ha, mmg tak di galakkan kak hana oi..
sy ari tu mcm pekak lama tau, masa bulan posa ENT surgeon yg tgh training sorang ni bawak gi spital dia..
...dan sedut dgn mesen..
..bleh tgk dlm video..
kuar earwax dua dua belah nya earwax yg keras kematu... tensen.. ingatkan sy ni pembersih la kunun
..huhs ropa nyer tidak
Quote ipes2 5-8-2016 04:09 AM
misscendol replied at 4-8-2016 12:49 AM
tp sgt membantu pabila telinga tersangat gatal

i tau..
i kekadang bila gatal i just tenyeh tenyeh dgn lajunya my pinna tu.. tanpa korek
lelama hilang jugak gatal nya

Quote EncikRhoma 5-8-2016 08:20 AM
ipes2 replied at 4-8-2016 08:07 PM
ha, mmg tak di galakkan kak hana oi..
sy ari tu mcm pekak lama tau, masa bulan posa ENT surgeon y ...

tapi macam best kan dia sedut guna mesin tu...rasa macam nak suruh buat lama-lama...hahahaha
Quote misscendol 5-8-2016 01:15 PM
ipes2 replied at 5-8-2016 04:09 AM
i tau..
i kekadang bila gatal i just tenyeh tenyeh dgn lajunya my pinna tu.. tanpa korek
lelama  ...

oyeke.. boleh try tips ni
Quote ipes2 5-8-2016 11:13 PM
misscendol replied at 5-8-2016 01:15 PM
oyeke.. boleh try tips ni

now ni tgh musim panas so tinga i kering dah ada cam bulu gerak gerak kat dalam kruk krik kruk krik..gatal yg amat!!
ni dok tgk genyeh pinna telinga i la ni
also umah i ada cerumol tu..ubat utk lembutkan earwax so that nnt tak keras kematu
Quote ipes2 5-8-2016 11:45 PM
EncikRhoma replied at 5-8-2016 08:20 AM
tapi macam best kan dia sedut guna mesin tu...rasa macam nak suruh buat lama-lama...hahahaha

ha ha
mahal la charge dia!
seronok la sebab gli geli dan berhasil pula
lepas tu semua benda dengar dgn jelasnya
bunyi kunci pon bergemerincing
Quote misscendol 6-8-2016 04:02 PM
ipes2 replied at 5-8-2016 11:13 PM
now ni tgh musim panas so tinga i kering dah ada cam bulu gerak gerak kat dalam kruk krik kruk kri ...

i feel u bro.... nnt boleh iols try jugak kekdah uols

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.074290 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top