oleh Adib Za Ouch! Masih terasa sakitnya ketika membuat waxing bulu roma yang lalu! Rasa seperti tak mahu lagi membuat waxing kerana sakit yang tak tertanggung.
Nanti dulu, sabar. Jangan cepat putus asa. Banyak cara yang anda boleh aplikasikan untuk mengurangkan kesakitan ketika waxing. 1. Minum air dengan banyak Badan dan kulit yang terhidrat menjadi rahsia dan kunci kepada masalah sakit ketika waxing. Ini kerana jika anda memiliki kulit yang lembap di luar, dan minum air dengan banyak untuk dalaman, ia memudahkan sesi mencantas bulu roma. Malah anda berasa lebih selesa dan 'enjoy' ketika proses tersebut. 2. Skrub kulit
Memang penting dan unik tips ini. Sebelum melakukan waxing, anda skrup dahulu atau orang dahulu menyebutnya melulur badan untuk membuat sel kulit mati di sekeliling folikel bulu roma. Ia membantu sesi waxing berjalan lebih lancar, mudah dan kurang sakit. 3. Elakkan waktu haid Ladies, elakkan ya melakukan waxing dalam seminggu sebelum waktu anda period kerana waktu itu anda berada dalam keadaan ekstra sensitif, maka lebih sakit. Lakukan waxing hanya selepas seminggu atau dua minggu period. 4. Penahan sakit Banyak laman web mencadangkan anda mengambil pil penahan sakit seperti Panadol dalam masa sejam sebelum waxing. Ia membantu mengawal kesakitan dan keradangan. 5. Lebih kerap melakukan waxing Jika anda melakukan waxing dengan konsisten, iaitu sekali dalam masa 4 hingga enam minggu ia membantu mengurangkan rasa sakit untuk setiap sesi seterusnya. Ini kerana bulu tumbuh dengan lebih nipis dan lebih mudah dicantas! - CARI |
12
Bagus |
18
Marah |
8
Terkejut |
11
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nut.legacy replied at 5-8-2016 04:18 PM
bikini wax yg paling seram sakitnye.. rasa telan panadol pn belum tentu kurang sakit...
zoe1511 replied at 5-8-2016 05:02 PM
sakit sangat ke chuols? iols berangan nak buat IPL. dah alang2 sakit tu, sakit terus biar lambat b ...
zoe1511 replied at 5-8-2016 09:02 AM
sakit sangat ke chuols? iols berangan nak buat IPL. dah alang2 sakit tu, sakit terus biar lambat b ...
iloveyou replied at 5-8-2016 05:16 PM
bubblegumwax selau buat promo waxing.
erkkk teringin nak buat brazilian, tapi tapi serammmm:lol ...
nut.legacy replied at 5-8-2016 06:02 PM
I mmg low pain tolerance.. Hahaha.. Maybe tmpt lain ada teknik yg x bg sakit sgt.. U try la maybe ...
sharlenetexas replied at 5-8-2016 07:38 PM
Sape tau brand apa yg ada ingrown hair cream? Rasanya Strip ada kot tapi nk banding dgn brand lain. ...
zoe1511 replied at 5-8-2016 06:35 PM
iols penah wax kaki, memula je la sakit, lepas tu cam takde perasaan
ADVERTISEMENT