CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Asam Pedas Daging Kerbau Tak Terperi Lazatnya

2-8-2016 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6435| Komen: 6

Description: Selamat mencuba resepi Asam Pedas Daging Kerbau
Oleh Izzah Abbasy

Seperti yang biasa kita makan adalah asam pedas ikan yang selalu dipopularkan di negeri Melaka.

Namun, anda biasa tak makan Asam Pedas Daging Kerbau? Menu daging kerbau biasanya dimasak oleh orang Pahang. Tidak kira untuk makan harian mahupun dihidangkan ketika kenduri kahwin.  

Gambar hiasan


Apa bezanya daging kerbau dan lembu? Daging kerbau isinya lebih kasar dan perlu dimasak dalam jangka masa yang agak lama manakala daging lembu isinya lebih halus dan banyak lemak. Pada setengah orang mereka lebih menyukai daging kerbau kerana ia kurang berbau berbanding daging lembu.

Nah, resepi Asam Pedas Daging Kerbau. Selamat mencuba!

Foto : KoiMasak


Bahan-bahan

• 1 kilo daging kerbau - direbus dalam 2 jam utk empukkan daging
• 1 biji bawang besar*
• 5- 6 biji bawang putih*
• 1 inci halia*
• 1 sudu kecil biji lada hitam*
• 1 sudu besar biji ketumbar*
• 1 sudu besar jintan kasar*
• 1 sudu besar jintan halus*
• 1 inci lengkuas *
• 2 biji buah keras*
• 1 inci kunyit hidup*

(kisar semua bahan bertanda*)
 
• 1 sudu besar belacan **
• 20-30 biji cili kering ** - direbus dulu dan toskan

(kisar bahan bertanda** hingga lumat. Isi sedikit minyak masak untuk hancurkan biji cili kering)

 
• 8 batang serai - diketuk bagi hancur
• 2 sudu besar asam jawa - dicampur dengan air
• Minyak untuk menumis, garam dan gula
• 6 helai daun limau purut
• 2 biji tomato - dibelah 6
• 2 biji terung panjang/ bulat - dipotong jangan dibuang kulitnya
• 1 sudu besar kerisik

Cara-cara penyediaan :

1) Panaskan sedikit minyak.

2) Tumiskan bahan kisar bertanda* hingga naik bau dan masukkan serai yang telah diketuk tadi. Bila dah agak kering air tumisan tadi, baru masukkan bahan kisar bertanda**. Masak sampai pecah minyak.

3) Bila dah pecah minyak, masukkan daging kerbau yang telah direbus tadi bersama-sama air rebusan daging.

4) sebelum masukkan daging buang dahulu minyak yang dah beku pada permukaan air rebusan supaya tak berminyak sangat kuah nanti.

5) Masak sehingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa.

6) Tambah air kalau terasa kurang air.

7) Masak lagi hingga daging betul-betul lembut.

8) Masukkan kerisik, buah tomato dan terung. Masak hingga terung tadi layu atau bertukar warna. Kemudian masukkan daun limau purut yang telah dicerai-ceraikan.

9) Masukkan garam serta gula dan rasa kuahnya. Jika dah terasa kesemua bahan, boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan.


Sumber : quinnie@myresipi.com
12

Bagus
18

Marah
16

Terkejut
12

Sedih
18

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Chilliflakes 4-8-2016 06:40 PM
Aku serik dgn daging kerbau. Ari tu aku makan, jatuh demam aku. Siap muntah2 and cerry berry lg
Quote misscendol 6-8-2016 05:54 PM
mcm sedap tapi boleh ke kalau nk tukar ke kambing?
Quote cikcikebom 9-8-2016 10:49 AM
sedap boleh cuba.
Quote cikcikebom 9-8-2016 10:49 AM
sedap boleh cuba.
Quote sangrimba 13-8-2016 07:39 PM
Meaeik untuk di cu a
Quote ana 30-8-2016 03:16 PM
boleh try ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.516477 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top