CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kejelitaan Sebenar Wanita Terpancar Ketika Umur 40an

1-8-2016 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 187090| Komen: 9

Oleh Izzah Abbasy

Kenapa perlu risau usia semakin meningkat? Bimbang dengan tahap kesihatan dan kecantikan semakin pudar? Jika begitu, latihkan diri anda untuk mengamalkan hidup secara sihat.

Namun, ramai yang tidak mengetahui rahsia di sebalik umur yang kian meningkat dan menjengah ke usia 40 tahun.

Gambar hiasan


Bukankah Al-Quran bercerita tentang usia manusia yang telah mencapai titik kematangan dalam hidupnya iaitu 40 tahun?


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)". Surah al-Ahqaf ayat: 15

Seharusnya wanita yang berusia 40 tahun ke atas memiliki sifat-sifat baik yang mempercantik karakter keperibadiannya, sehinggakan Allah menyebut satu persatu sifat-sifat itu di dalam kalamNya yang agung ini.

Gambar hiasan


1) Jelita Dengan Bersyukur


Kesedihan ketika diuji boleh diubat dengan rasa syukur dan bersangka baik kepada Allah SWT. Lantas menjadi pemurah dengan memberi maaf kerana rasa syukur itu berjaya menutupi kekurangan orang lain.

2) Jelita Dengan Menjaga Amal Soleh

Usia 40 tahun masa terbaik untuk menyediakan bekalan menuju kematian, telah kering kejelitaan yang melalaikan dan tiba masanya bersedia pulang kepada Allah SWT.

3) Jelita Dengan Menjaga Zuriat Yang Soleh

Agenda terbesar pada hari ini dimulakan dengan menguruskan akhirat (mengajak solat) anak-anak sebaik anda menguruskan makan minum mereka. Tiada kata-kata kesat yang membantutkan akhlak mulia dan cuba memahami perubahan jiwa anak-anak dengan mengawal stres bersama.

Ibu yang memiliki kecantikan dalaman di mata anak-anaknya adalah ibu yang amat penyabar, rajin memberi motivasi dan inspirasi.

Gambar hiasan

4) Jelita Itu Sentiasa Bertaubat Dan Kekal Dalam Islam

Ciri-ciri kecantikan wanita usia 40 yang terakhir adalah suka bertaubat dan istiqamah dalam Islam. Taubat bermakna anda mencari aib diri dan memohon ampunan Allah, tidak sibuk melihat aib orang lain dan lupa diri sendiri.

Betapa ramai orang yang tergelincir dari jalan Allah, dulu beriman sekarang lalai, dulu solat sekarang tak buat, dulu merendah diri sekarang sombong lupa diri, dulu bertudung sekarang berbaju seksi, dulu suka mengaji sekarang tak kenal akhirat lagi?

Gambar hiasan

Ramai wanita cantik, muda atau berusia, menarik, bijak, kaya dan terkenal, disukai dan digilai ramai lelaki walaupun mereka berusia matang, namun begitu muda atau tua bukan satu ukuran kerana ajal maut tak kenal usia.

Semoga anda dirahmati kerana kecantikan hakiki bukan kosmetik tak asli kerana anda mengikuti teladan dalam ayat Al-Quran ini sebagai wanita berusia 40 yang jelita di sisi Illahi.

Sumber : Psikologi Umur MW

16

Bagus
8

Marah
2

Terkejut
15

Sedih
22

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Loxlaxman 1-8-2016 05:53 PM
Zaman skrg ni...dah nak masuk 5 series pun dok jeling anak ikan lagi...
Quote yipun_78 1-8-2016 09:17 PM

ummm tengok keadaan gak sbb tu penjagaan kulit ni patut dimulakan dari awal ....
Quote turboturtle 2-8-2016 12:43 AM
Loxlaxman replied at 1-8-2016 05:53 PM
Zaman skrg ni...dah nak masuk 5 series pun dok jeling anak ikan lagi...

Jeling xpe lagi abe lox, kalu kena raba xtau la.
Quote Artemesiaa 3-8-2016 01:27 PM
Kalau dah 40 masih menjaga kecantikan, penapilan dan keperibadiannya harus dapat pujian ni zaman sekarang ramai juga dikalangan yang baru awal dua puluhan anak baru satu pun dah nampak berusia dari usia sebenar belum serabainya lagi.
Quote Emperor95 3-8-2016 01:44 PM
Tetap memilih yang lebih muda.
Quote misscendol 4-8-2016 01:33 PM
muke pic yang first tu mcm muka mak hanis zalikha mrs nani rostam
Quote intriQue 4-8-2016 03:17 PM
Loxlaxman replied at 1-8-2016 05:53 PM
Zaman skrg ni...dah nak masuk 5 series pun dok jeling anak ikan lagi...

ehem ehem.....kata kat sapa tu?
Quote Loxlaxman 4-8-2016 05:50 PM
intriQue replied at 4-8-2016 03:17 PM
ehem ehem.....kata kat sapa tu?

Kat kawan sepupu jiran sebelah rumah bapak saudara nenek Lox...  
Quote farhana008 5-8-2016 07:37 AM
Jgn lupa gak rejim penjagaan kulit secara konsisten. Kalo tak konsisten, mmg kusam kulit

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.112896 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top