oleh Adib ZA Bukan mudah menjadi dan bergelar seorang guru pada zaman ini. Hanya sedikit salah langkah, anda mungkin boleh dimaki, disaman atau dipukul.
Pelajar masa ini juga berbeza, begitu juga dengan penerimaan ibu bapa. Mereka sudah berbeza tidak seperti ibu bapa zaman dahulu yang boleh menerima bila anak mereka dihukum di sekolah. Maka, sekejap lagi kisah guru itu dan ini menjadi viral, dek kerana telah menyebabkan 'kecederaan' kepada anak muridnya. Akhirnya, nama seorang pendidik juga yang menjadi busuk dan dikatakan tak pandai mengajar, bersikap 'over', kejam dan sebagainya.
Jika dahulu kelibat seorang guru sangat dihormati, malah ditakuti. Namun, garangnya seorang guru hanyalah satu niatnya, untuk mendidik anak bangsa agar berjaya di kemudian hari. Itulah yang dikongsikan oleh seorang netizen ini. Ceritanya hukuman denda berdiri atas kerusi bukan asing lagi pada zaman persekolahannya. Namun, melalui hukuman itulah yang membentuk siapa dirinya hari ini sehingga bergelar seorang pendidik. Baca perkongsian guru bahasa Inggeris ini yang bertemu semula dengan cikgunya yang garang suatu ketika dahulu. Para guru di luar sana pasti terharu dan terkesan. Percayalah. - CARI |
HazeLJoseph replied at 1-8-2016 03:40 PM
Kadang kala aku sukar nak percaya , tatabahasa dan grammar seseorang yang mengaku guru,pengunaan bah ...
mdhelmi replied at 2-8-2016 09:11 AM
kadang2 cikgu ni lupa penerimaan setiap murid berbeza walaupon dalam kelas yg sama
aku pernah dapat ...
jazaa100 replied at 2-8-2016 05:00 PM
Kutil....cubit...
ADVERTISEMENT