Oleh: TS LOO Membuat tafsiran sendiri hanya dengan gambar yang dilihat tanpa siasat selidik, inilah tabiat yang paling kerap berlaku di zaman internet masa kini.
Baru-baru ini, sekeping gambar yang memaparkan seorang muslimah muda menggunakan kain tudung menutup kepala seorang nenek bangsa Cina untuk mengelakkan nenek tersebut dari dibasahi hujan, menjadi viral di media sosial. Apabila seorang Ketua Pegawai Eksekutif bagi pusat perniagaan dan kewangan di Labuan, Saiful Bahari Baharom yang memiliki kira-kira 7,000 pengikut di laman facebooknya turut berkongsi gambar tersebut, lalu menyebabkan ramai pengguna internet tersalah faham gambar tersebut diambil di Malaysia.
Difahamkan dalam masa satu hari sahaja, gambar tersebut telah dikongsi oleh lebih 8,000 orang dan 20,000 orang memberi tanda 'like'. Selepas melihat gambar, rata-rata netizen rasa tersentuh hati dengan beri komen, " Ini barulah Satu Malaysia", "Ketika melihat gambar ini rasa nak menangis" , " Inilah Malaysia yang saya cintai" , " Inilah semangat orang Malaysia yang sejati" dan sebagainya. Namun demikian, hakikat sebenarnya wanita muda yang terdapat dalam gambar itu dikenali sebagai Sakinah Tan, manakala nenek tersebut pula adalah neneknya dan mereka berdua berasal dari Singapura. Di laman facebooknya, Sakinah menjelaskan, "Sebenarnya saya tak faham, saya hanya menyayangi nenek saya, tetapi kenapa tiba-tiba saya dilihat sebagai wira?" Sambil bergurau, Sakinah turut menyatakan, "Rupa-rupanya tudung juga ada kegunaan lain, termasuk menjadi payung buat nenek saya." Dalam pada itu, Sakinah menyeru kepada semua netizen, jangan lagi beri komen di laman facebooknya sehingga menjadi sesak dan menimbulkan satu gangguan buat drinya, dia tidak pernah beranggapan meluat terhadap laman facebook seperti apa yang dialaminya sekarang. Sementara itu, Sakinah bersyukur dan terima kasih kepada mereka yang tersentuh hati dengan gambar itu. Jelasnya, apa yang dilakukannya pada ketika itu semata-mata untuk meringankan beban dan rasa kerinduannya terhadap neneknya, itulah sebab dia teman nenek pergi ke klinik dan bersarapan bersamanya. "Tanpa disangka-sangkakan, ketika kami sedang meneduh hujan di lobi bangunan, aksi spontan saya dengan nenek telah dirakam oleh jurukamera TODAY Online iaitu Jason Quah." Setelah mengetahui kejadian sebenar, rata-rata pengguna internet dari Malaysia memberi komen di status Saiful dengan menyifatkan ianya merupakan satu situasi yang terjadi akibat salah faham tapi 'manis', rupa-rupanya perkara yang istimewa itu sebenarnya bukan berlaku di Malaysia. Selain itu, ada juga yang berpendapat, sama ada gambar tersebut diambil di Singapura atau pun Malaysia tidak wajar dipertikaikan kerana saat menunjukkan kasih sayang seperti itu adalah positif dan bersemangat muhibah buat semua orang.- CARI |
15
Bagus |
9
Marah |
30
Terkejut |
15
Sedih |
9
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT