Oleh : Dean BZ
Dalam sebuah perkahwinan, tiada seorang isteri pun yang tidak mengimpikan seorang suami yang terbaik dan dapat membahagiakannya. Walaupun kadang-kadang sikap si suami tidak menepati citarasa kita, namun anda perlu belajar bersyukur jika tanda-tanda dibawah ini ada pada suami anda. Ini kerana anda adalah seorang wanita yang bertuah kerana memiliki suami yang terbaik. #1 - Sentiasa cuba menenangkan hati anda Walau dalam apa pun kesusahan, kehadiran suami anda sentiasa menenangkan hati dan ini menunjukkan anda telah membuat pilihan yang tepat memilihnya sebagai pasangan hidup.
#2 - Sentiasa meminta nasihat anda Ketika ingin membuat sesuatu keputusan, si dia sentiasa menjadi kan anda sebagai rujukan dan penasihat utama. #3 - Tidak gemar menonton pornografi atau gambar lucah Si suami yang tidak gemar melihat gambar lucah atau tidak menyimpan video lucah ditelefon bimbitnya adalah seorang yang sangat menghargai isterinya. Dia sentiasa menjaga matanya dan hanya bernafsu apabila bersama isterinya sahaja. Jangan hairan di zaman sekarang ramai suami yang menyimpan video lucah di telefon bimbit, alasannya video tersebut dihantar oleh rakan-rakan di group WhatsApp. #4 - Tegas tapi romantik Jangan sedih jika dapat suami jenis "muka ketat" atau suka berleter asalkan dia tidak pernah lupa tarikh hari lahir anda, hari ulang tahun perkahwinan, atau apa-apa hari yang bersejarah dalam hidup anda. Dia sentiasa membuat kejutan dengan hadiah atau walaupun sekadar ucapan dan ciuman. Yakinlah dia seorang yang sangat romantik, kata orang muka garang tapi dalam hati ada taman. #5 - Tidak lupa tanggungjawab agama Kunci sebuah kebahagian rumah tangga adalah bimbingan dan dorongan yang baik dari seorang suami. Jika suami anda seorang yang tidak pernah lupa akan tanggungjawab pada agama, InsyaAllah kehidupan anda sekeluarga akan senang dunia dan akhirat. Lihatlah lima kebaikkan dan kelebihannya dari sentiasa memikirkan satu kekurangan yang ada padanya. Dalam dunia mana ada manusia yang serba sempurna. Jadi ada tak ciri-ciri diatas pada suami anda? Kalau ada, jaga lah si dia elok-elok kerana risau juga dikebas orang jika anda tidak pandai menghargai. - CARI |
30
Bagus |
19
Marah |
12
Terkejut |
25
Sedih |
13
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Clover1 replied at 29-7-2016 06:28 PM
Alhamdulillah...
kak_sue replied at 30-7-2016 07:58 AM
aminnnnn......robillalamin
Clover1 replied at 30-7-2016 09:37 AM
Ameeenn..kak sue pun tergolong dalam isteri bertuah..alhamdulillah..
Hanya BAPAK SEGALA BANGKAI ...
chazey replied at 31-7-2016 03:20 AM
Bertuah ke?
Hmm.
Clover1 replied at 30-7-2016 09:37 AM
Ameeenn..kak sue pun tergolong dalam isteri bertuah..alhamdulillah..
Hanya BAPAK SEGALA BANGKAI ...
RahimHajiSewel replied at 31-7-2016 07:24 AM
Yg penting kita harus bersyukur nikmat dgn ape yg kita ada. And making the best of what you have.. ...
Clover_Hill replied at 1-8-2016 07:21 AM
Paling suweii...cuit sana cuit sini tapi sorang pun tak melayan. Belas jugak nengoknya berkejaran ...
RahimHajiSewel replied at 1-8-2016 07:28 AM
Masih mencari cari pompuan yg bakal suwei tapi tarak......itu yg buat dia jadi sewel bertingkat ti ...
ADVERTISEMENT