Oleh Izzah Abbasy
Jerawat yang banyak di muka pasti menggelikan dan ramai juga yang menyatakan mereka yang berjerawat tak pandai menjaga kulit wajah. Ha, janganlah tuduh bukan-bukan. Sebenarnya faktor jerawat ini tumbuh kadang-kadang disebabkan darah yang kotor, pemakanan, kesihatan dan lain-lain. Tetapi, ada juga di antara kita yang tumbuh jerawat pasir, kecil dan halus. Dan adakalanya naik satu atau dua ketul jerawat disebabkan hormon. Dan sudah pastilah jerawat yang tumbuh itu menggeramkan kita. Rasa nak picit-picit sahaja kan? Biasanya kaum lelaki, buat tak endah sahaja dengan jerawat yang tumbuh. Namun, bagi si gadis acara memicit adalah wajib dilakukan jika jerawat cuba-cuba untuk tumpang 'hidup' di atas kulit wajah mereka. Amboi, macam itu sekali ya? Nak kongsikan dengan anda cara-cara yang betul boleh dilakukan dan hasilnya tidak merosakkan kulit anda serta mengurangkan risiko jangkitan. Teknik picit jerawat yang betul ini dikongsikan oleh Dr. Mehmet Oz. Secara asasnya, teknik yang ditunjukkan adalah dengan mencucuk jerawat itu dengan jarum dari sisi tepi.
1 - Ambil jarum yang sudah dicuci dengan spirit atau alkohol. 2 - Cucuk jerawat itu pada bahagian yang putih sahaja (yang bernanah) supaya tidak terkena bahagian kulit yang masih sihat. 3 - Tarik jarum itu ke atas dan bawah supaya jerawat itu terkoyak. 4 - Keluarkan nanah dari jerawat. 5 - Setelah selesai, tarik keluar jarum itu dan bersihkan nanah-nanah itu dengan dengan kapas serta jangan lupa bersihkan bekas jerawat itu dengan cecair anti-septik supaya bakteria tidak merebak. |
10
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
7
Sedih |
14
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT