oleh Adib Za Hubungan yang dibina bukan sekejap, namun jika tiada jodoh maka tiada apa yang mampu dibuat. Tapi, bagaimana jika anda ingin mengakhiri sesebuah hubungan itu? Untuk memutuskan cara baik, tanpa membuatkan keadaan semakin sulit dan menyukarkan?
1. Pilih tempat sesuai Sudah tentu pemilihan tempat sangat penting, seperti mana zaman anda 'dating' suatu masa dahulu. Namun, jangan pilih tempat yang terlalu terbuka dan ramai orang kerana pastinya membuatkan si dia berasa malu dan bertambah sakit hati. Ini juga mengelakkan situasi anda menjadi tontonan orang lain kerana tiba-tiba si dia bertindak luar kawalan seperti menangis dan mendesak.
2. Alasan jelas Memang bila tiada lagi jodoh, hati pun makin menjauh dan tawar hati. Namun, sebaiknya ada cuba menghadirkan alasan yang jelas buat si dia. Ini mengelakkan dia terpinga-pinga dan tinggal dalam keadaan tanda tanya sehingga ke akhirnya. 3. Elakkan melalui pesanan ringkas Teknologi kini seperti SMS, Whatsapp dan Facebook bukanlah cara yang terbaik untuk meminta putus daripada si dia. Seharusnya anda bertemu dengannya dan jangan mengelak, walaupun berat anda harus berani meminta putus. Komunikasi secara terus ini adalah jalan dan langkah terbaik untuk memberitahu hasrat anda. 4. Kawal emosi Mungkin berlaku pertengkaran atau soal jawab ketika anda meminta putus. Cuba untuk kawal emosi dan jangan burukkan lagi keadaan. Meskipun ingin minta putus, tidak semestinya anda harus merosakkan suasana dan juga keadaan. Setuju? - CARI |
26
Bagus |
25
Marah |
36
Terkejut |
19
Sedih |
22
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Qstyuyu replied at 29-7-2016 07:01 AM
tunggu jodoh
1. Pilih tempat sesuai
2. Alasan jelas
3. Elakkan melalui pesanan ringkas
4. Kawal emosi
hanie_z replied at 29-7-2016 05:48 PM
I do agree with that..
hanie_z replied at 29-7-2016 05:48 PM
I do agree with that..
bluppy replied at 23-11-2017 05:10 PM
aku baru minta putus.. thru whatsapp sebab hazab da rasa dengan perangai beliau yang psycho
ADVERTISEMENT