Oleh : Dean BZ
Curang dengan suami atau isteri yang kita sayang adalah sesuatu diluar pemikiran. Namun mungkin kita tidak sedar akan setiap perbuatan kita dibelakang pasangan yang sebenarnya mengundang ke arah kecurangan. Terdapat beberapa perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian yang boleh di katakan sebagai "curang ringan-ringan" atau "bunga-bunga curang". Jom periksa dibawah ini. 1. Menggatal di pejabat? Jika anda rasa menggatal di pejabat itu adalah perkara biasa, cuba fikirkan lagi. Menggatal terbukti sentiasa menimbulkan masalah walaupun mungkin pada anda hanya suka-suka. Contohnya anda sering memuji kecantikan rakan sekerja dan sentiasa memberi senyuman gatal kepadanya. Jangan lupa, dari suka-suka lah boleh melahirkan satu rasa cinta.
2- Selalu borak dengan rakan berlainan jantina Berkongsi cerita dengan rakan sekerja yang berlainan jantina juga boleh mengundang kepada curang. Bayangkan dari hal rumah tangga hingga ke bilik tidur pun nak dikongsikan. Mungkin perkara ini dianggap biasa bagi sesetengah orang. Kata orang, open minded. Tetapi jangan lupa, jika semua perkara nak dikongsikan tak mustahil anda dan si dia akan lebih "akrab". 3- Bersosial dengan rakan berlainan jantina Mungkin bagi sesetengah orang, kerap keluar makan berdua dengan rakan berlainan jantina adalah perkara biasa. Lebih teruk hingga ada yang sanggup berbohong pada pasangan apabila ditanya. Ya, mungkin tujuan berbohong supaya pasangan anda tidak cemburu buta. Tetapi jangan lupa, bila duduk berdua pasti akan ada "orang ketika" iaitu syaitan. 4- Cerita keburukan pasangan Kawan yang baik tidak akan pernah menceritakan keburukan kawannya kepada orang lain. Begitu lah juga dengan pasangan suami isteri yang seharusnya menjaga aib pasangan. 5- Gemar online chatting Menurut kajian yang dilakukan oleh Beatriz Mileham dari Universiti Gainesville di Florida, Amerika Syarikat, online chatting telah menjadi pemicu utama kepada masalah dalam sebuah hubungan. Aktiviti internet seperti ini terbukti telah menjadi antara punca utama pergolakan rumah tangga di Amerika Syarikat. 6- Sudah kurang minat bersetubuh Oleh kerana anda mula "minat" pada seseorang walaupun hanya suka-suka atau saja test market, aktiviti persetubuhan dengan pasangan pasti terganggu dan semakin berkurangan. Lebih teruk ada yang lebih gemar memuaskan nafsu dengan cara solo iaitu melakukan onani. Jika hubungan intim semakin kurang, pastinya keakraban anda dan pasangan akan semakin renggang. Jika anda sedang melakukan salah satu dari enam tanda-tanda diatas, elakkan lah segera demi menjaga kebahagiaan rumah tangga anda. - CARI Sumber - familyshare |
26
Bagus |
27
Marah |
14
Terkejut |
24
Sedih |
34
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mommymonster82 replied at 31-7-2016 08:06 PM
Euwww..kalau setakat bergaduh ngan manak dah dikatakan curang..euwwwww...yucks.....
Tapi manak ko ...
ADVERTISEMENT