Oleh Izzah Abbasy
Ramai yang menganggap untuk menjadi ratu cantik, perlu mempunyai penampilan yang menarik, cantik dan sudah menjadi pujaan sejak di bangku sekolah. Tetapi, apa yang menjadi inspirasi adalah seorang gadis yang dahulunya gempal kini menjadi ratu cantik dan telahpun dinobat sebagai Miss Selangor Earth 2016. Joanna Joseph membuktikan bahawa setiap wanita boleh menjadi ratu cantik jika berusaha untuk mencapai impian tersebut. Pada Ahad lalu, Joanna dari Klang berjaya meraih gelaran itu pada acara kemuncak Miss Selangor Earth 2016 yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam. Susulan itu, laman Facebook Miss Selangor Earth 2016 mengambil peluang berkongsi kisah motivasi bagaimana Joanna yang berbadan besar kini menjadi langsing bahkan seorang model. Menurut Joanna yang berusia 19 tahun, sejak dari bangku sekolah lagi, dia sering mejadi mangsa buli kerana memiliki tubuh badan yang ‘gemuk’ dan tidak secantik gadis lain. Tambah Joanna yang kini melanjutkan Diploma di Management Science University (MSU), dia terpaksa mengorbankan banyak perkara untuk memiliki apa yang dimilikinya sekarang. Dia berjaya menurunkan berat badan dengan cara pemakanan yang baik, dan tidak pernah bergantung kepada sebarang pil penurun berat badan. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada ayahnya atas sokongan yang diberikan sepanjang masa ini. Kenyataan itu kini viral di media sosial sehingga dikongsi lebih dari 4,000 perkongsian. Menurut seorang jurucakap Miss Selangor Earth 2016 kepada Astro AWANI, Joanna merupakan ratu cantik yang pertama untuk mewakili Selangor dalam pertandingan Miss Malaysia Earth 2016. Joanna akan bertanding dalam Miss Malaysia Earth 2016 pada 7 Ogos ini di Ipoh. Syabas Joanna!
Sumber : FB Miss Earth Selangor 2016 & Astro Awani |
fazamania replied at 27-7-2016 09:33 PM
Lobai PAS takde boikot da. solat luar dewan ni ka?
ADVERTISEMENT