CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kisah Gadis Diploma Ini Bekerja Sebagai 'Cleaner' Buka Mata Graduan Menganggur

27-7-2016 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8412| Komen: 25

Oleh Izzah Abbasy

Selepas menamatkan pengajian, pasti ramai anak muda yang inginkan pekerjaan seperti bidang yang dipelajarinya ketika di peringkat universiti.

Sikap siswazah yang terlalu memilih pekerjaan menjadikan ramai graduan menganggur walaupun sudah beberapa tahun menamatkan pengajian.


Gadis ini merupakan contoh terbaik untuk anak muda di luar sana yang masih gagal mendapatkan pekerjaan. Pernah bekerja sebagai 'cleaner' sama seperti ibunya dan menerima upah sebanyak RM900 sebulan. Walaupun mempunyai kelulusan dalam Diploma Geomatik dalam bidang Sains, dia sanggup menjadi 'cleaner' sementara mencari pekerjaan yang lain.

Oleh itu, kisah yang menjadi viral ini membuka mata ramai graduan baru yang terlalu memilih pekerjaan pada masa kini. Jom baca perkongsian ini dan jadikan kisah gadis ini sebagai sumber inspirasi untuk anda berjaya.


"Sebelum bekerja sebagai pembantu teknikal di sini, saya bekerja sebagai tukang cuci, bersama-sama ibu. Dalam sebulan saya akan mendapat kira-kira RM900. Saya pernah menerima kritikan serta komen negatif daripada rakan-rakan. Ada yang memberitahu bahawa saya tidak patut bekerja di sini. Terutamanya kerana saya berkelulusan diploma dalam Geomatik Sains (Sistem Maklumat Geografi) dari UiTM Seri Iskandar, Perak.

Kemudiannya saya telah ditawarkan kerja sebagai Pembantu Teknikal di sebuah syarikat di Damansara. Saya bekerja di sana selama sebulan dan apabila saya mahu berhenti kerja, bos tidak membenarkan. Katanya, tarikh lahir saya sesuai dengan Feng Shui syarikat. Selain dari menawarkan saya sebuah kereta, mereka juga menawarkan jumlah gaji mengikut permintaan saya sendiri. Masalahnya, tidak ada mentor untuk saya belajar tentang kerja di sana dan kita juga tidak akan ikhlas melakukan kerja yang kita tidak suka. Jadi, saya berhenti kerja dan kembali menjadi cleaner di tempat lama.

Bos di situ terkejut apabila mengetahui seorang graduan universiti bekerja sebagai tukang cuci – menyapu lantai, cuci tandas dan mengutip sampah. Tetapi anda lihat, jika ibu saya boleh melakukan ini kerja ini untuk hidup, apa yang membuat anda fikir anda tidak boleh? Sekurang–kurangnya saya merasakan apa yang ibu saya lalui setiap hari hanya untuk memberikan saya pendidikan sehingga ke universiti.

Satu hari ibu saya datang kepada saya dan berkata bahawa bos mahu saya bekerja di sini. Saya pergi untuk temu bual itu, dan saya bertuah dan amat bersyukur menjadi Pembantu Teknikal di sini hari ini.

Saya mempunyai rakan-rakan dalam senarai dekan dan pelajar cemerlang, namun mereka masih belum mendapatkan pekerjaan. Mereka sentiasa bertanyakan kepada saya bagaimana saya mendapat kerja tersebut. Selain daripada rahmat Tuhan, ia benar-benar bergantung  kepada usaha dan kesanggupan untuk belajar. Anda perlu keluar dari zon selesa anda dan teruskan pencarian. Anda perlu menyesuaikan diri dengan situasi, persekitaran dan kawan-kawan baru."

13

Bagus
14

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
19

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 27-7-2016 02:44 PM
baguslah dik.

itu lagi bagus dari yg tahu buat taik  mata d rumah n malas buat kerja. harap sijil tu boleh bg terus kerja dlm aircond sekelip mata
Quote missinpiece 27-7-2016 02:56 PM
Bagusla x memilih keje. Geram gak ade org tu duk menganga bulan demi bulan tunggu keje sesuai. Jadik cleaner pon kurang2 hujung bulan dpt duit
Quote Artemesiaa 27-7-2016 05:56 PM
Bagus sebab tak memilih sebelum mendapat yang terbaik lagi pun dia datang dari keluarga yg kurang berada jadi menjadi cleaner bukan pekerjaan remeh buatnya.  Yang jadi masaalah dalam mendapatkan pekerjaaan ialah golongan yang memilih kerja dah tak berusaha untuk mendapatkan pengalaman kerja yang tak mungkin dapat diperolehi dari hanya bersandarkan kelulusan yang ada.  Family pun berkemampuan mana le nak mereka biarkan anak mereka ni mencuba berkerja berbeza dari kelulusan yang ada apa tah lagi kalau kena bekerja sebagai seorang cleaner.
Quote Emperor95 27-7-2016 10:32 PM
Bagus
Boleh cuba jadi cleaner dekat Singapore pun gaji besar.
Quote shin_ah81 28-7-2016 12:25 AM
I nak keja supermarket pun mak i tak bagi.. untunglah yang ada peluang kerja mana2 pun walau sebagai cleaner

Quote kiambang 28-7-2016 07:38 AM
Kerja je kat mna2 .. janji ada duit dan x menyusahkan mak bapak..
Quote sapeka 28-7-2016 10:26 AM
tindakan yang bagus..
tak membuang masa
Quote nuryakmal 28-7-2016 10:35 AM
Her english is outstanding
Quote kucen_miang 28-7-2016 10:53 AM
nuryakmal replied at 28-7-2016 10:35 AM
Her english is outstanding

ikhlas ke nyindir ni kak?
Quote nuryakmal 28-7-2016 11:32 AM

Aiyoo ikhlas la dik. Selalu jumpa postings budak2 yg english hauk ataupun bercampur2. With a good command of english like that i hope she excells to a greater height
Quote kucen_miang 28-7-2016 11:38 AM
nuryakmal replied at 28-7-2016 11:32 AM
Aiyoo ikhlas la dik. Selalu jumpa postings budak2 yg english hauk ataupun bercampur2. With a good  ...

kira so-so lah.boleh difahami walaupun blom capai excellent. usaha lagi
Quote nuryakmal 28-7-2016 12:11 PM
kucen_miang replied at 28-7-2016 11:38 AM
kira so-so lah.boleh difahami walaupun blom capai excellent. usaha lagi

Kalo ko ade interview org dek. Ya hampooonn boleh garu kepala tgk budak2 ni convers in english. Tak tau la macam mana kadang boleh dapat band 4 ke 5 dalam muet
Quote che-cikL 28-7-2016 12:57 PM

applause

Kagumi semangatnya dan mesej yang disampaikan

fasal English dia tu, ok la, moderate, belum outstanding... walau pun kita rasa ada urge macam nak ambil pencil betulkan, tapi still ok, blh faham

semoga ada banyak lagi anak muda berjiwa begini

Quote fifie_olin 28-7-2016 01:12 PM
byk gk 900 tu
aku dlu start kje dpt 700...
Quote huehue 28-7-2016 01:28 PM
Baguslah tak memilih kerja. Iolls nak kerja part time depan rumah jaga kedai pun mak iolls tak bagi. Nak jadi cleaner? Lagilah iolls kena marah.
Quote kakakiut 28-7-2016 02:35 PM
teringat dulu pernah kerja partime bonquet kat hotel... best byk kwn..
Quote Missfadh 28-7-2016 04:50 PM
Bagus lah tak memilih kerja.
Quote Missfadh 28-7-2016 04:50 PM
Bagus lah tak memilih kerja.
Quote aderaderker 28-7-2016 09:30 PM
nuryakmal replied at 28-7-2016 12:11 PM
Kalo ko ade interview org dek. Ya hampooonn boleh garu kepala tgk budak2 ni convers in english. Ta ...


Yer betul..
aku selalu belek application form dulu sebelum call for interview..

Ada tu spouse pun tatau maksud..ditulisnya nama bapak kat situ.
Tailor(tukang jahit) ditulisnya Taylor.

Ada degree ni ye.Pastu ada hati letak kemampuan berbahasa Inggeris 8/10????

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.052635 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top