Oleh : Dean BZ Bagi yang merancang percutian bersama keluarga di cuti hujung tahun ini, kami syorkan anda berkunjung ke Taman Laut Pulau Redang yang terletak di Terengganu.
Taman Laut Pulau Redang merupakan antara "akuarium semulajadi" yang terpopular di Asia. Bukan sahaja dikenali oleh penduduk Asia, malah ramai pelancong asing dari Eropah turut menjadikan taman laut ini sebagai destinasi pilihan untuk aktiviti snoorkeling dan scuba diving. Disamping dapat meluangkan masa bersama keluarga menikmati keindahan semulajadi Pulau Redang, anda sekeluarga juga berpeluang merasai dan melihat sendiri kehidupan laut yang sangat mengujakan. Berikut merupakan antara sebab kenapa anda perlu ke Taman Laut Pulau Redang. Kenapa Taman Laut Pulau Redang menarik untuk anda dan keluarga ? 1 - Airnya jernih, dari pagi hingga ke petang jika cuaca baik, boleh nampak dasar laut, batu karang dan ikan. 2 - Taman laut ada jeti, anda boleh turun ke sisir pantai dan naik semula ke pantai (kalau penat).
3 - Main tepi-tepi pun dah banyak ikan, sesuai sgt bawa anak kecil. 4 - Pelbagai jenis ikan dan anda boleh beri makan dgn roti. 5 - Terdapat platform ditengah kawasan snorkeling, boleh berenang ke sana utk rehat seketika. 6 - Kalau bawa ahli keluarga yg tak mandi, tak ada masalah, boleh jalan-jalan sekitar pinggir batu dan kawasan Taman Laut. 7 - Kaki renang dan menyelam boleh free dive disini kerana setiap kali trip ianya dibawah pengawasan guide resort masing-masing. 8 - Antara best spot utk ambil gambar ikan-ikan dan hidupan laut khususnya utk orang yg pertama kali atau tak pandai berenang. Selain itu, kemudahan bilik mandi, tandas, meja untuk berkelah, gerai minuman dan tempat barbeku turut disediakan di beberapa kawasan tertentu. - CARI. Sumber - Amazing Terengganu
|
17
Bagus |
8
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
29
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Lemon_juice replied at 31-7-2016 09:06 PM
Bestnya.kalo nk p time cuti skola bln Mac atau Mei ok la kot
AshkieLa replied at 1-8-2016 03:10 PM
Redang tutup start tgh2 Oktober sampai Feb...
Sekitar March akan bukak balik...
Tapi abang2 staf ...
ADVERTISEMENT