Oleh Izzah Abbasy
Tertekan jika nampak lipas dalam rumah atau kereta merayap-rayap kan? Ada yang terjerit dan takut tak kurang juga yang jadi pemburu lipas. Bagaimanalah nak elakkan lipas berada di sekitar kita? Dah cuba pelbagai cara tapi lipas tetap datang kembali. Jangan risau, selain menggunakan penyembur racun serangga, cara atau petua berguna ini pasti berkesan untuk menghalau lipas dengan berkesan. Cuba dan lihat hasilnya ya! 1) Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Letak di kawasan yang banyak lipas. 2) Biji pelaga juga berkesan. Ambil beberapa biji pelaga dan letak di kawasan lipas membiak. 3) Buah lemon? Ya, lemon juga petua untuk menghalau lipas. Potong hirisan lemon dan letak di kawasan lipas selalu muncul. 4) Sebenarnya hujung timun atau pangkalnya akan membuatkan lipas mati. Kalau tak percaya, cuba letak di kawasan yang banyak lipas. 5) Petua seterusnya, ubi kentang. Caranya, rebus kentang sampai masak. Kemudian lenyekkan dan campur serbuk penaik. Kemudian, gaul. Jadikan adunan itu berbentuk bulat dan letak di kawasan lipas. Lihat apa hasilnya nanti ya. 6) Daun pandan harus dihiris terlebih dahulu dan letak dalam uncang, jangan lupa untuk tebuk uncang tersebut. Letak di kawasan pembiakan lipas. Guna bahan-bahan yang sedia ada memang berkesan, selamat mencuba! Kredit : Mediasosialkini
|
13
Bagus |
10
Marah |
13
Terkejut |
12
Sedih |
10
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cikputih15 replied at 28-7-2016 12:31 PM
no. 6 dah pernah try
shin_ah81 replied at 30-7-2016 10:36 PM
Menjadi tak?
zoe1511 replied at 22-7-2016 02:04 PM
nak cara halau cicak pls
ADVERTISEMENT