oleh Adib Za Aduh, ini topik pun ada ke? Memang nampak macam lawak dan tak penting, namun rasanya pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa sudu pada aiskrim McFlurry di McDonalds berbentuk seperti straw?
Ya, sekali pandang memang nampak macam straw sebab ada lubang di tengahnya. Apatah lagi bentuknya agak berbeza daripada sudu biasa, dengan bentuk empat segi pada bahagian pemegangnya, apakah fungsinya? Sudah hampir 20 tahun aiskrim McFlurry diperkenalkan, namun sehingga kini masih ramai yang tak tahu fungsi sudu tersebut. Seorang bekas pekerja di restoran makanan segera itu, menerusi Tumblr berkongsi informasi dan rahsia mengapa sudu McFlurry sedemikian rupa.
1. Bentuk empat segi pada pemegang sudu ini memudahkan anda memegang dan mencedok aiskrim. 2. Bahagian berlubang seperti straw bertujuan menjimatkan penggunaan plastik dan bertindak lebih efisien dengan suhu sejuk aiskrim. 3. Reka bentuk sudu tersebut sengaja dibuat agar mudah dipasang pada mesin aiskrim. "Kami mengisi aiskrim dalam bekas, tabur Orea ke atasnya dan menyambungkan sudu pada mesin aiskrim yang berfungsi untuk mengadunnya!," jelas bekas pekerja McDonalds itu. Nah, sekarang dah terungkai kan mengapa sudu McFlurry berbentuk seperti straw! - CARI |
25
Bagus |
19
Marah |
17
Terkejut |
21
Sedih |
24
Lawak |
37
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
-electrifying- replied at 22-7-2016 10:04 AM
xamek peduli pon
AisyDani13 replied at 22-7-2016 10:19 AM
Yang penting SEDAP
ADVERTISEMENT