Oleh Izzah Abbasy
Bab bersiul biasanya serahkan kepada kaum lelaki. Kenapa? Sebab biasanya lelaki yang biasa bersiul, al-maklumlah nak mengorat perempuan pun senang. Betul ke? Anda pandai bersiul menggunakan tangan di mulut? Tak semua lelaki pandai melakukannya. Bunyi yang dikeluarkan dengan cara ini lagi kuat berbanding siulan biasa. Selalunya orang guna kalau nak panggil supaya orang berkumpul atau pun nak tarik perhatian sesuatu sebab bunyinya sangat kuat. Jadi, jika selama ini anda pernah buat tapi asyik tak berbunyi, cuba ikut turutan cara yang betul ini. Pasti menjadi selepas ini. 1. Membentuk huruf 'A' dengan telunjuk dan jari tengah, baki jari yang lain bergulung seolah-olah membentuk genggaman. 2. Masukkan bibir dalam sedikit, dan gulung keliling gigi. Ia mungkin mengambil masa beberapa percubaan untuk betul-betul ketatkan bibir. 3. Sekarang anda perlu untuk menggerakkan lidah anda ke dalam kedudukan yang betul. Menggunakan jari anda, tekan lidah ke dalam mulut anda, dan perlahan-lahan tekan hujung ke bawah. Pastikan 'curve' terbentuk daripada lidah anda. Jari anda hendaklah tidak lebih daripada kira-kira satu perempat di dalam mulut anda. 4. Tarik nafas keluar melalui laluan udara yang terbentuk di dalam mulut anda. Kalau rasa macam udara lalu di bibir bawah maka anda telah melakukannya dengan betul. Tapi kalau ada udara lalu di bibir atas maksudnya kena kurangkan saiz laluan udara guna jari anda. Kredit : Brightside
|
26
Bagus |
16
Marah |
19
Terkejut |
21
Sedih |
13
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT