Oleh Izzah Abbasy
Aktor Bollywood Popular Aamir Khan tidak berasa kesepian menyambut hari Raya Aidilfitri tanpa isterinya Kiran Rao sebaliknya sambutan lebarannya tetap meriah. Dipetik menerusi Times of India, Kiran dan anak mereka Azad Rao Khan yang beragama Hindu memilih untuk bercuti di sebuah destinasi yang dirahsiakan. Bagaimanapun menurut bintang filem 3 Idiots itu, dia meraikan kedatangan Syawal bersama sepupunya, Nuzahat dan isteri selain ditemani dua orang anaknya (hasil perkahwinan pertama) Junaid dan Ira Khan di rumah ibunya, di Mumbai. Tambah Aamir, dia tidak terkilan dengan tindakan isterinya bercuti ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana mereka berbeza fahaman agama. Sebelum ini Aamir Khan berkahwin pernah berkahwin dengan Reena Dutta pada tahun 1986 dan memiliki dua orang anak Junaid dan Ira sebelum bercerai pada bulan Disember 2002. Pada tahun 2005, Aamir mendirikan rumahtangga dengan Kiran Rao dan menimang cahaya mata lelaki, Azad Rao Khan.
|
17
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT