Oleh Izzah Abbasy
Nak cepat, nak mudah pastilah menggunakan mesin basuh. Tetapi, dalam pada kita mencampakkan kesemua baju atau pakaian kotor ke dalam mesin, pernah terfikir tak kesilapan yang sering dilakukan? Kadang-kadang malas nak ambil tahu, yang penting baju pakaian kotor siap dibasuh. Ha, 'lazy' sangat kalau ada yang seperti ini. Ikut tips di bawah untuk mengelakkan seluar jeans atau pakaian anda rosak: 1. Tidak terbalikkan Jeans Sebaiknya anda perlu cuci bahagian dalam ke luar kerana kaedah ini membantu mengekalkan warna asal seluar tersebut. Lagi satu, pastikan anda zip dan butang semua sebelum meletakkan ke dalam mesin basuh, ok? 2. Sumbat selagi boleh Jangan sumbat baju kotor anda dalam mesin basuh dengan banyak. Lagi banyak baju yang disumbat, lagi sukar mesin nak cuci pakaian anda itu. Bila mesin terlalu penuh, zip mudah rosak dan jahitan benang juga akan tertanggal kerana tiada ruang yang secukupnya untuk baju tersebut berpusing di dalam mesin itu. 3. Guna mesin pengering terlalu lama Kini ramai yang menggunakan alat pengering untuk mengeringkan baju-baju yang sudah dicuci. Tapi tahukah anda jeans anda boleh mengecut apabila ditinggalkan di dalam mesin pengering terlalu lama. Sebaiknya jangan keringkan jeans atau pakaian lain terlalu lama. Paling selamat, biarkan pakaian yang masih lembab itu di ampaian dan biarkan ia kering dengan sendiri.
|
13
Bagus |
12
Marah |
16
Terkejut |
16
Sedih |
13
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT