Oleh : Dean BZ Setiap destinasi percutian terkenal di dunia memiliki pelbagai daya tarikan tersendiri tetapi tidak semua mesra pelancong muslim. Jadi sebagai muslim, pasti menjadi masalah untuk mendapatkan makanan halal dan rumah ibadah di kebanyakan negara yang mempunyai majoriti non muslim.
Untuk pelancong muslim dari Asia yang berhajat untuk melancong ke negara mesra pelancong muslim, boleh lah memilih beberapa destinasi percutian menarik yang terdapat di negara-negara Islam yang terletak di Eropah mahupun Asia Barat. Dipetik dari Muslim Travelers, berikut merupakan lima destinasi mesra pelancong muslim yang mungkin belum diketahui oleh ramai kaki melancong.
1. Chefchaouen, Marocco Destinasi mesra pelancong muslim yang pertama disyorkan adalah Chefchouen. Kota ini berada di dalam negara Marocco atau tepatnya berada di Nothern Marocco Rif Mountains. Chefchouen yang juga dikenali sebagai kota muslim ini memiliki keunikan yang jauh berbeza dari kota-kota kebanyakan. Hampir keseluruhan kota ini bangunannya dicat dengan warna biru. Pelancong muslim yang berlibur ke kota ini pasti punyai banyak pilihan untuk melakukan aktiviti seperti hiking dan juga berpeluang mencuba pelbagai jenis makanan tempatan yang lazat dan halal di kafe-kafe yang sangat unik. 2. Ko Panyi, Thailand Thailand yang dikenali sebagai antara destinasi pelancongan terpopular di Asia Tenggara ternyata mempunyai destinasi mesra pelancong muslim untuk bercuti dengan nyaman. Ko Panyi adalah sebuah pulau kecil yang terletak di Phang Nga dan sangat dekat dengan Phuket. Pulau ini dikenal juga dengan sebutan Muslim Village dimana penduduknya majoriti beragama Islam. 3. Bo Kaap, Afrika Selatan Pelancong muslim yang ingin mencari tempat paling berwarna dan juga mesra pelancong muslim juga boleh memilih Bo Kaap sebagai destinasi berlibur berikutnya. Bo Kaap adalah sebuah bandar yang terletak di Afrika Selatan yang juga dikenali sebagai asal muasal komuniti Muslim Cape Town. Muslim pertama datang ke bandar tersebut sekitar tahun 1658 dimana sebahagian besar adalah penduduk yang berasal dari Afrika dan Asia. Bukan hanya kerana majoriti penduduknya muslim sahaja hingga tempat ini disyorkan sebagai destinasi terbaik untuk pelancong muslim. Bandar ini juga punyai daya tarikan tersendiri dimana hampir keseluruhan bangunan disini berwarna-warni. Bo Kaap adalah satu-satunya bandar di Afrika Selatan yang paling colorful. Banyak yang mempercayai pemilihan warna yang ceria adalah ekspresi penduduk di atas kebebasan beragama mereka. Kota ini juga memiliki banyak pilihan makanan yang lazat dan dijamin halal. 4. Mostar, Bosnia-Herzegovina Bosnia-Herzegovina adalah negara yang terletak di Semenanjung Balkan di selatan Eropah. Negara ini dikenali paling multi religion yang mana bermaksud tidak ada satu agama yang benar-benar mutlak mendominasi. Meskipun demikian, hampir 45% penduduk beragama Islam di sana. Untuk itu negara ini cukup sesuai dijadikan destinasi berlibur kepada pelancong muslim kerana mudah menemukan rumah makan halal serta tempat ibadah. 5. Segovia, Sepanyol Sepanyol sememangnya memiliki beberapa daerah yang cukup mesra untuk melancong buat pelancong muslim. Dua bandar yang cukup terkenal buat pelacong muslim adalah Granada dan Cordoba dimana di dua bandar tersebut banyak dapat dijumpai bangunan peninggalan kerajaan Ottoman, iaitu sebuah kerajaan Islam yang pernah menguasai sebahagian besar wilayah Eropah suatu ketika dulu. - CARI |
24
Bagus |
19
Marah |
29
Terkejut |
36
Sedih |
32
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT