CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cara Membuat Kentang Putar @ Mashed Potato Ala KFC , Mudah Rupanya

18-7-2016 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12738| Komen: 13


Oleh : Dean BZ


Foto : koleksiresepiemak.blogspot.com


Kentang putar KFC sememangnya mempunyai ramai penggemar kerana keenakkannya. 

Kanak-kanak terutamanya amat digalakkan memakan kentang putar kerana ia kaya dengan potassium, vitamin C  yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Sudah tentu ia sangat berkhasiat dan memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan.

Jika anak-anak anda gemar memakan kentang putar KFC, anda bolehlah mencuba sendiri membuat kentang putar ala KFC mengikut resepi dibawah ini.



Bahan-bahan ( 5 orang )

Bahan A untuk kentang putar
5 biji kentang dibuang kulit dan dipotong 4
Sedikit lada hitam(kalau nak pedas bubuh la lebih)
Garam secukup rasa
1 sudu susu pekat manis

Bahan B UNTUK SOS.
4 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar mentega
Sedikit lada

Cara-cara
- Rebus kentang sehingga empuk masuk kan garam sedikit. 
1. Tos kan air dan lenyekkan, guna hand mixer putar kentang sehingga halus.masuk kan lada hitam dan susu.

- Kentang dah siap...untuk sos pulak..
1.rebus bawang merah,lobak merah dan kiub ayam dalam 10 minit 
2.tos kan air rebusan tadi.
3.masuk kan mentega kedlm kuali dgn api yang kecil,kemudian masuk kan tepung gandum,kacau jangan bergentel
4.masuk kan air rebusan tadi,bersama lada hitam,sos tiram dan beberapa titil kicap pekat.kacau2 dan dah siap

Boleh lah dihidangkan dan dimakan panas-panas. Nak lebih sedap buat ayam goreng celup tepung sekali. Selamat mencuba. - CARI



8

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
18

Sedih
7

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 18-7-2016 08:35 PM
Nak lg senang beli je yg dah siap kat ramly burger.....tambah air panas je...
Quote kimchipedas 19-7-2016 12:05 AM
Hmm mudah dan sedap...
Quote Logix 19-7-2016 12:25 PM
diatas tu untuk bahan2 tak de pulak dinyatakan lobak merah byk mana

tapi bila baca kat cara2 nak buat... ada pulak lobak merah

acaner tu??
Quote Atata 19-7-2016 02:12 PM
Bahan B UNTUK SOS.
4 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar mentega
Sedikit lada

euwhhh apa tah rasa bila jadi.
Quote misscendol 19-7-2016 02:33 PM
Harap2 ade resipi utk coleslaw kfc pulok
Quote dyana612 19-7-2016 03:25 PM
mcm sdp, nk kena cuba ni
Quote me12345 19-7-2016 07:45 PM
Mcm best jer.... nak try ni..
Quote Chesire_Epilog 23-7-2016 07:39 AM
Susu pekat? Biasanya susu cair kan
Quote ana 30-8-2016 03:49 PM
boleh try ni
Quote Dangatum 7-10-2016 06:50 PM
Thank you so much for sharing.
Quote pmknfhontour 11-10-2016 03:53 PM
Chesire_Epilog replied at 23-7-2016 07:39 AM
Susu pekat? Biasanya susu cair kan

susu cair tu
kalau susu pekat.. alamat manis melecah la
haha
Quote Chesire_Epilog 12-10-2016 08:03 AM
pmknfhontour replied at 11-10-2016 03:53 PM
susu cair tu
kalau susu pekat.. alamat manis melecah la
haha

Haha..itula..tp kalau guna susu full cream tu lagi sedap..
Quote PongKang 12-10-2016 01:15 PM
pakai susuk kotak je bli yg marigold tu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.049489 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top