oleh Adib Za Jika dibandingkan jejaka Asia yang lain, memang lelaki dari Jepun dan Korea Selatan dipercayai dan juga tampak lebih 'advance' dalam hal berkaitan grooming.
Lebih terbuka, tidak takut dan juga sanggup berhabisan untuk tampil lebih menarik. Ada juga yang mengenakan mekap kerana masyarakat di sana tidak menganggap ia sebagai pelik atau melabel sebagai pondan. Berikut merupakan fakta tentang jejak Jepun dan Korea Selatan: 1. Jejaka Jepun - Mereka biasanya menghabiskan sekitar 5,000 yen setiap bulan untuk pergi salon. - Lelaki kireo (pretty guy) akan selalu membawa beg yang mengandungi bahan mekap, cermin dan sebagainya. - Supaya mata kelihatan lebih menarik, mereka mengkerintingkan bulu mata secara kekal.
- Salon lelaki di sana lengkap dengan servis seperti membuang bulu, membersihkan wajah, kelas mekap dan sebagainya. 2. Jejaka Korea - Juga memeliki beg mekap yang lengkap dengan toner, losyen, krim mata, BB cream, bedak kompak dan sebagainya. - Setahun sekali, Korean Air akan mengadakan kelas mekap untuk para pramugaranya. - Pelajar dan mahasiswa lelaki sering meniru gaya selebriti dengan mengenakan eyeliner hitan, maskara dan silver eye shadow. - Vlogger ata mekap artis lelaki banyak membuat video tutorial di laman Youtube. Yang paling popular ialah Wodin, vlogger berusia 16 tahun yang mengajar cara mekap untuk sehari-hari. - CARI Sumber: Femina |
af_1993 replied at 16-7-2016 08:13 PM
dah budaya dorang mcm tu..penampilan sgt penting kt sana especially kalau nak apply kerja..diskrimin ...
turboturtle replied at 16-7-2016 12:59 AM
Pastu suntik hormon potong tulang rahang, gayah dimana mana
AbukRokok replied at 15-7-2016 07:15 PM
sbb dorang kulit putih dan tinggi
yasinfi replied at 18-7-2016 03:50 PM
potong tulang rahang...biar betul
ADVERTISEMENT