oleh Adib Za Ramai netizen yang berasa tidak puas hati dan mengkritik penyanyi Mark Adam selepas memuat naik sebuah status yang dikatakan merendah-rendahkan jenama kereta Malaysia, Proton.
Namun, menerusi Mstar Online penyanyi itu tampil menafikan hal tersebut dan berkata ia bukanlah dari akaun Facebook miliknya, sebaliknya seseorang yang menggunakan nama dan gambarnya menerusi sebuah akaun lain. “Itu bukan Facebook saya dan saya tak pernah buat kenyataan tentang memburuk-burukkan kereta Proton di Facebook. Saya sedar kewujudan akaun ini sejak beberapa bulan lalu dan saya rasa individu itu semakin melampau sehingga membuatkan orang ramai percaya. Saya sudah periksa Facebook itu, ternyata bahasa yang digunakan tidak seperti percakapan saya” “Pengikut laman Facebook palsu itu lebih banyak daripada Facebook saya sendiri dan saya bimbang akan berlaku perkara yang lebih teruk lagi selepas ini. Selain itu semalam juga ada wakil daripada pihak Proton yang menghubungi saya dan bertanya sama ada saya ada membuat kenyataan seperti itu,” ujarnya.
Mark Adam juga berkata telah memberi amaran menerusi mesej kepada individu berkenaan namun sehingga kini tiada jawapan balas untuk mesej tersebut. - CARI Sumber: mStar Online |
16
Bagus |
14
Marah |
18
Terkejut |
11
Sedih |
14
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-MAMS replied at 15-7-2016 10:46 AM
oleh Adib Za
Ramai netizen yang berasa tidak puas hati dan mengkritik penyanyi Mark Adam selepas me ...
ADVERTISEMENT