Oleh : Dean BZ
Lihat saja gambar-gambar lama ayah, abang kita atau saudara lelaki terdekat yang lebih berusia, pasti anda akan tergelak dan terkejut melihat perbezaan ketara tubuh mereka. Rata-rata lelaki selepas berkahwin akan menjadi gemuk dan perut bertambah maju ke depan berbanding sewaktu bujang. Nak tahu kenapa? Ini antara sebabnya, dipetik dari muzir.wordpress.com : Sebelum berkahwin, seseorang lelaki yang muda dan bujang kebiasaannya: - Semua kerja harian dilakukan sendiri. - Bersukan di padang atau trek hampir setiap hari. - Menjaga makanan dan minum. Malah ada yang berpantang (mungkin sebab pokai).
- Hujung minggu selalu juga mengikuti aktiviti lasak (pengaruh kawan-kawan). Tetapi selepas berkahwin, ada beberapa perubahan yang berlaku secara mendadak atau sedikit demi sedikit kepada mereka. Antaranya: - Semua kerja harian seperti cuci pakaian, kemas rumah, memasak kebanyakannya dilakukan oleh isteri. - Sudah jarang bersukan kerana sudah ada tanggungjawab lain iaitu isteri. (sibuk layan kerenah isteri) - Dalam bab makanan pula, kadang-kadang si suami bukan sahaja makan makanan yang disediakan oleh isteri untuknya, tetapi turut juga menghabiskan makanan yang tidak dapat dihabiskan oleh si isteri dengan alasan tidak mahu membazir. - Isteri yang pandai memasak juga menambahkan lagi faktor kegemukkan suami. Mana tidaknya, disebabkan kesedapan itulah, maka si suami bertambah selera dengan makanan. Biasa sepinggan, jadi dua atau tiga pinggan. - Lebih tragis apabila selepas makan, kadang-kadang tu si suami meletakkan kepala atas ribaan isteri sambil tonton TV. Akibat dibelai-belai manja si isteri, langsung tertidur. Bukan 1 atau 2 kali, tapi banyak kali. Banyak dipesan oleh orang-orang tua kita bahawa tidur sejurus lepas makan adalah suatu tabiat yang tidak elok untuk kesihatan. - Dan lebih memburukkan keadaan lagi apabila si lelaki tersebut sudah mempunyai anak yang sudah agak besar yang boleh diminta tolong mengambil barang itu dan ini, tanpa perlu mengambilnya sendiri lagi. - Faktor kewangan yang semakin baik juga menjadi faktor barangkali. Dulu semasa bujang, kebiasaannya gaji biasa-biasa sahaja. Makan dan minum kadang-kadang dijamakkan. Bukan sahaja ‘dijamakkan’, bahkan ‘diqasarkan’ pula. Catu situ, catu sini. Tetapi apabila berkahwin, apabila rezeki semakin bertambah, makan pun semakin kerap, bahkan sedap dan banyak pula. Selera makan orang berkahwin pun kebiasaannya lebih kuat berbanding orang bujang. Jika tidak mahu terlalu gemuk selepas berkahwin, kami sarankan anda supaya sentiasalah bersenam, tolong isteri melakukan kerja-kerja harian dan mengamalkan pemakanan diet sihat. - CARI |
24
Bagus |
17
Marah |
18
Terkejut |
15
Sedih |
16
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lkick2113 replied at 15-7-2016 11:23 AM
@green~tea
sila hencap lelaki yg gumuk lepas kawin pulak....
green~tea replied at 15-7-2016 12:22 PM
Hahahhaha.. Tea tak berapa nak perasan lelaki gemuk lepas kawen sbb invisible aje diorang ni bg ...
lkick2113 replied at 15-7-2016 12:37 PM
mungkin boleh sound husband kalau dia dah gumuk
green~tea replied at 15-7-2016 02:13 PM
Husband i tak gemuk dia frequent gi gym & main sports... Iols doakan badan dia menten sihat wala ...
Shahreen74 replied at 15-7-2016 09:34 AM
ye la laki boroi xpe.. isteri xdak komplen pun... cer isteri tu lps kawin or lps bersalin gemuk... a ...
ADVERTISEMENT