Oleh : TS LOO Bayangkan anda terjumpa RM700,000 wang tunai, adakah anda sanggup memulangkannya kepada pemilik wang berkenaan?
Seorang peniaga dari Thailand ketika berurusan di Singapura, tanpa disedari tertinggal kira-kira SD$235,500 di dalam sebuah teksi. Namun, siapa sangka pemandu teksi itu telah memulangkan semula wang tersebut! Selepas mendapati wang yang tertinggal itu, dengan segera kembali semula ke hotel mencari pemilik wang tersebut. Sebagai tanda penghargaan kepada pemandu teksi itu, peniaga Thailand menulis sepucuk surat terbuka untuk memberi penghargaan kepada pemandu teksi berkenaan di media sosial.
Pemilik wang tersebut bernama Chukamon Khammat, menurutnya dalam status di facebooknya, ketika kejadian, dia sedang bersama rakan niaganya minum minuman keras di Pelabuhan Kela, Singapura. Pada ketika itu, dirinya yang sudah berada dalam keadaan mabuk membawa bersama sejumlah wang tunai yang bernilai SD$235,500 dan menaiki teksi untuk balik ke hotel. Namun, ketika turun dari teksi dia terlupa mengambil beg laptopnya itu. Tambahnya, jumlah wang yang terlupa ambil itu adalah wang pelaburan yang diberi oleh seorang pelabur dari Singapura untuk digunakan projek niaga yang akan dilaksanakan di Thailand. Selepas kembali ke hotel, Chukamon, tersedar wangnya tertinggal di dalam teksi. "Isteri saya yang bangun dari tidur hairan melihat saya menangis seorang diri, tapi selepas mengetahui keadaan yang sebenar, secara terus terang dia beritahu kami perlu mengganti semula sejumlah wang itu. "Habislah kami sebab SD$235,500 adalah bersamaan 6 juta Baht." Chukamon rasa amat gelisah dan ingin turun ke kaunter layanan pelanggan di tingkat bawah hotel untuk menanya ada tak sesiapa pulangkan beg laptop. Pada masa itu juga, isterinya memekik ke arah Chukamon, "Awak jangan nak buang masa, wang itu berjumlah SD$235,500, bukan SD$23! Kalau awak adalah pemandu teksi itu, adakah awak akan pulangkan wang itu?" Tanpa mengingati langsung butiran tentang pemandu teksi itu, Chukamon dan isterinya turun ke lobi untuk mencari pemandu itu. Ketika itu mereka sudah membuat keputusan yang paling negatif, termasuk refinance semua aset perumahannya di Thailand untuk mengumpul semula jumlah wang yang tertinggal itu. Ketika mereka keluar dari lif, Chukamon ternampak seorang lelaki menunjuk ke arah kaunter pertanyaan di lobi. "Saya tidak cam wajah pemandu teksi itu, tapi saya cam beg laptop yang dipegang oleh lelaki itu." Rupa-rupanya lelaki itu adalah pemandu teksi yang dinaiki Chukamon, namnya Lee Kao Wei. Menurut Chukamon, dia amat kagum dengan kejujuran pemandu tersebut, tambahnya sekira dia sedang mengalami kehidupan berhutang, berkemungkinan jumlah wang yang sebanyak itu akan diambilnya tanpa pulangkan. "Secara jujur, saya ingin mengucap jutaan terima kasih kepada dia, saya tak tahu dengan apa cara lagi yang boleh saya lakukan untuk meluahkan penghargaan saya. Jadi saya harap dapat membiarkan setiap orang mengetahui perkara tersebut dan belajar kebaikan yang ditunjukan oleh pemandu teksi berkenaan."- CARI |
15
Bagus |
12
Marah |
7
Terkejut |
9
Sedih |
9
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Loloq89 replied at 15-7-2016 09:54 AM
dpt reward x?
ADVERTISEMENT