CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bisnes Yang Awie Jalankan Tidak Elok, Kata Bekas Abang Ipar

14-7-2016 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16682| Komen: 73


Oleh : Dean BZ

Awie dan bekas isterinya, Rozana. Kredit gambar - Sinar Harian


Kontroversi yang melanda penyanyi rock kumpulan Wings, Awie, masih lagi belum reda semenjak penceraian dengan bekas isterinya, Rozana Misbun.

Seperti yang dilaporkan oleh Kosmo! Online, Othman Misbun, 41, yang merupakan bekas abang ipar kepada Awie memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa penyanyi itu ada membuka perniagaan kelab malam yang dinamakan Malai Rock Station Bistro bertempat Ipoh, Perak. 

Osman yang juga merupakan pengarah sebuah syarikat penerbitan drama dan filem mengaku pernah berkunjung ke kelab malam tersebut kira-kira empat tahun lalu. 


"Saya pernah pergi ke kelab malam itu sebanyak dua kali yang mana sekali saya memasuki kelab malam itu manakala sekali lagi saya hanya melalui kelab tersebut.

"Pada pandangan saya, bisnes yang dilakukannya (Awie) saya anggap tidak elok kerana kelab itu menyediakan arak yang haram disisi agama apabila antara sumber itu diberi kepada anak-anaknya," katanya di hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris berhubung kes hadanah (penjagaan anak) di sini semalam.

Othman (kiri) bersama adiknya, Rozana ketika hadir ke mahkamah semalam. FOTO - Kosmo


Othman berkata demikian selepas disoal peguam Jamal Mohd. Lokman Sulaiman yang mewakili adiknya, Rozana yang juga plaintif ketika ditanya aktiviti penyanyi itu selain menyanyi dan berlakon.

Ketika prosiding semalam, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman tidak hadir di mahkamah kerana tidak sihat. 

Terdahulu, Awie mengesahkan pada media bahawa desas desus pertunangannya dengan seorang wanita bernama Sharifah Ladyana pada 3 Jun lalu adalah benar.  - CARI





Sumber - Kosmo
26

Bagus
11

Marah
37

Terkejut
15

Sedih
14

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ladyflower 14-7-2016 03:23 PM
dari masa blom kawen dah ada bisnes ni...tapi pilih gak nak kawen...dah cerai bising pulak..

bila nak habis citer diorg ni...
Quote Mopiko 14-7-2016 03:27 PM

mana tau dia bagi duit dari kelab malam tu kat anak2 bini dia? khuznuzon

ni aku share 1 kisah. kawan aku ni kaki nombor ekor. tapi setiap kali menang tu dia buat enjoy x pun modified kereta. kata dia duit untuk anak bini , dia bagi duit gaji
Quote callance 14-7-2016 03:29 PM
duit yg adik ko songlap dr akaun si sawie tu agak nye hasil dr kelab malam gak....
Quote prettyuglybabe 14-7-2016 03:37 PM
masa adik ko cekik duit lakinya dulu, takde pulak nasihat hasil tak baik bla bla bla..
Quote Lavender_Violet 14-7-2016 03:43 PM
prettyuglybabe replied at 14-7-2016 03:37 PM
masa adik ko cekik duit lakinya dulu, takde pulak nasihat hasil tak baik bla bla bla..

Ntahnyer...
Duit tu lah yg adik ko dok perabih beli handbag memahal enjoy sana sini
Tak pulak ko ingatkan adik ko pasal tu?
Masa baik semua wangi2 jah
Bila perang yg dulu baik pun terus jadi tak baik wpun dari azali bnda tu mmg tak baik
Manusia2
Quote adafan 14-7-2016 03:49 PM
Wateverlah rozana oii...
Quote AshkieLa 14-7-2016 03:54 PM
bila dah tak suka, bau bunga mawar pun dah bau bunga tahik ayam...
Quote NAT_11 14-7-2016 04:00 PM
Jadi, hasil income Awie semuanya TAK ELOK.
Kalau dah tahu, janganlah tuntut napkah untuk anak-anak kau.
Nanti  anak-anak makan hasil tak elok.............................
Quote rosasa 14-7-2016 04:01 PM
amboi...dah cerai berai , barulah kata duit bekas ipar tu baik tak baik sumbernya, itu juga adik ko kikis & guna hari2
Quote mieymiey 14-7-2016 04:05 PM
Edited by mieymiey at 14-7-2016 04:06 PM

Dah cerai, baru terbuka bijik mata yang bisnes sawie tu tak baik? Dulu masa kawen, yang tak baik pun dianggap baik
Quote Esmiria 14-7-2016 04:10 PM
ini artikel pitenah.jgn tembok trus..hmm
Quote lasagnaklcc 14-7-2016 04:14 PM
Asal mcm bengkak muka rozana? Mcm kak nita dah.
Quote dmarinaris 14-7-2016 04:17 PM
ladyflower replied at 14-7-2016 03:23 PM
dari masa blom kawen dah ada bisnes ni...tapi pilih gak nak kawen...dah cerai bising pulak..

bila ...

tu la pasal. rozana sendiri kan nak kahwin dengan awie. bukan ada sesiapa paksa. tanggun la sendiri
Quote -electrifying- 14-7-2016 04:25 PM
blum lg duit dia jadi ayahanda, tiap2 bulan dr abg long2 or anak2 bwh dia
Quote de_ikea 14-7-2016 04:26 PM
'Osman yang juga merupakan pengarah sebuah syarikat penerbitan drama dan filem mengaku pernah berkunjung ke kelab malam tersebut kira-kira empat tahun lalu.'

Alahai. Bung osman pun kerja dunia drama dan filim, lg mahu mengata bung awie. Yg bung osman pergi 2 kali ke kelab tu buat apa pulak? Sama aje diorg nih...
Quote tomet05 14-7-2016 04:27 PM
dulu x fikir pulak kekeke
Quote beatgirlX 14-7-2016 04:44 PM
ikutkan lakonan pun sma je..
adik dia pun pelakon jugak kan...
mana ble berlakon pegang2..peluk2..pun tak berapa manis tuh..hehe
Quote kikiharris 14-7-2016 04:46 PM
ipar duai duduk diam2 sudahlah
nak jugak menyebok..
adik sendiri pun mcmlah elok sangat..a match made in heaven
Quote Shahreen74 14-7-2016 04:47 PM
eemm.. rezeki x berkat.. tu la jd nya... hidup pun x berkat.. tunggang langgang...

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.061933 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top