oleh Adib Za Salah satu menu wajib ketika lebaran mahupun rumah terbuka, pastinya lontong kuah lodeh. Biasanya dimakan bersama nasi impit atau pun ketupat, kuahnya bergantung kepada individu.
Sama ada ingin lebih sayuran, tahap kepedasan dan juga sebagainya. Itulah keunikan lontong kuah lodeh ini. Di bawah ini merupakan resipi yang anda boleh cuba ikutinya. Selamat mencuba! Bahan-Bahan Kuah: 1 Biji Kelapa Parut (Diperah Santannya) 1 Pack Besar Tempe 1 Pack Soon Pucuk Campur 1 Sudu Besar Serbuk Kunyit Air Secukupnya
Sedikit Garam Bahan-Bahan Kisar: 1 Biji Bawang Besar 1 Batang Serai 3 Ulas Bawang Putih 3 Biji Bawang Kecil Sayur-sayuran: 1 Biji Lobak Merah 1/4 Kubis Bulat 1 Biji Terung Besar Seikat Kacang Panjang Cara-Cara: 1. Kisar semua bawang dan serai sehingga lumat 2. Didihkan air kemudian masukkan basar kisar dan lobak merah yang telah dipotong. Didihkan sehingga lobak separuh masak. 3. Masukkan semua sayuran dan tempe, didihkan sehingga semuanya masak. 4. Masukkan santan, serbuk kunyit, soon dan pucuk campur. Masak sehingga mendidih. Pastikan santan tidak berketul, gaul sentiasa. 5. Tutup api dan masukkan garam secukup rasa. 6. Sedia dihidangkan. Makan bersama nasi impit. - CARI Sumber resipi: Blog Buat Wanita
|
ADVERTISEMENT